Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan latihan baru S$2.3 juta rangsang sektor sekitaran terbina

Anggaran Waktu Membaca:
Kemudahan  latihan baru S$2.3 juta rangsang sektor  sekitaran terbina

(Gambar: Facebook/Temasek Polytechnic)

Diterbitkan : 07 Jan 2022 09:23PM Dikemas Kini : 07 Jan 2022 09:24PM

SINGAPURA: Kemudahan IBEC bernilai S$2.3 juta yang baru dilancarkan di Politeknik Temasek menawarkan latihan bagi pelajar dan pekerja yang mahu mendapatkan kemahiran dalam sektor sekitaran terbina.

Ini akan menyokong usaha Singapura dalam pembangunan mampan serta meningkatkan kemahiran karyawan dalam sektor tersebut.

Pusat Sekitaran Terbina Bersepadu (IBEC) di Politeknik Temasek mempunyai pengkhususan dalam bidang-bidang seperti senibina digital dan pengurusan kemudahan bijak.

Ia membolehkan pelajar Politeknik Temasek dan mereka yang mahu meningkatkan kemahiran dilatih dalam sekitaran kehidupan sebenar.

Pusat tersebut menawarkan kursus diploma dan program kerja sambil belajar SkillsFuture.

Terdapat juga kursus industri bagi pelatih yang melanjutkan kemahiran seperti dalam pengurusan keselamatan kebakaran dan pemeriksaan lif dan tangga bergerak.

Pusat tersebut boleh melatih sekitar 2,000 pelajar setiap tahun.

Sumber : CNA/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan