Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan kitar semula bateri lithium-ion 'mesra alam' baru akan dibuka di S'pura

Sebuah kemudahan kitar semula bateri lithium-ion akan dibuka di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2019 09:04PM Dikemas Kini : 30 Oct 2019 09:08PM

SINGAPURA: Sebuah kemudahan kitar semula bateri lithium-ion akan dibuka di Singapura.

TES - syarikat kitar semula elektronik terbesar di Singapura, akan membuka kemudahan di sini serta di Perancis. Demikian diumumkan Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Dr Koh Poh Koon di Persidangan Daya Tenaga Bersih Asia hari ini (30 Okt).

Berucap di persidangan itu di Marina Bay Sands, Dr Koh berkata: "Ini adalah pembangunan yang mengujakan sedang penggunaan bateri bagi penyimpanan tenaga berkaitan grid diramalkan tumbuh di serata dunia, bagi menangani peningkatan penggunaan sumber tenaga yang mampan seperti suria."

"Kemudahan kitar semula itu akan membolehkan sistem gelung tertutup sepenuhnya bagi bateri lithium-ion, membolehkan logam-logam digunakan semula untuk menghasilkan bateri baru bagi telefon bimbit dan kenderaan elektrik," ujar Dr Koh.

Bateri lithium-ion lazimnya digunakan untuk e-skuter, telefon bimbit, komputer riba dan alat penyimpanan daya tenaga.

Loji TES di Singapura dijadual dibuka pada Februari tahun depan dan menawarkan "kemudahan yang perlu" bagi menyokong pelan pengurusan e-sisa pada 2021.

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan