Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan farmaseutikal Britain GSK dibuka di SG

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2022 07:48PM Dikemas Kini : 17 Nov 2022 09:03PM
SINGAPURA: Sebuah kemudahan farmaseutikal baru bernilai S$44 juta dibuka rasmi pada Khamis (17 Nov), sekali gus memacu lagi kedudukan Singapura selaku hab farmaseutikal.

Kemudahan syarikat GlaxoSmithKline (GSK) itu dijangka membolehkannya melancarkan produk-produk perubatan baru dengan lebih pantas lagi.

Kemudahan ini antara lain akan menghasilkan bahan-bahan bagi pelbagai ubat-ubatan termasuk yang digunakan bagi rawatan penyakit barah.

Keupayaan menghasilkan bahan-bahan ubat sedemikian dijangka memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi rawatan onkologi di merata dunia.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, Singapura akan terus menghargai perkongsiannya dengan firma-firma seperti GSK, yang berasal dari Britain.

Singapura kata beliau, memastikan suasananya baik termasuk mempunyai rejim cukai yang berdaya saing, para pekerja mahir dan berpendidikan.

Ini selain mewujudkan kemantapan politik dan kestabilan sosial demi keyakinan pelabur yang membina kemudahan penting di negara ini.
 
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan