Kemudahan CDE di Bukit Timah sokong 20% lebih ramai pembantu rumah hijrahan baharu
Anggaran Waktu Membaca:
- Pusat Pekerja Hijrahan C-D-E membuka kemudahan baharu di Bukit Timah Road untuk menyokong lebih ramai pembantu rumah hijrahan.
- Kemudahan ini boleh mengendalikan sehingga 3,000 sesi sebulan bagi membantu penyesuaian dan pendidikan amalan kerja selamat.
- Langkah ini diumumkan sempena ulang tahun ke-10 CDE, dengan sokongan Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash.
- Kemudahan baharu membolehkan CDE menjalankan lebih banyak program dan latihan tanpa perlu mencari lokasi luar serta menarik minat rakan kongsi.
SINGAPURA: Sebuah kemudahan baharu bagi Pusat Pekerja Hijrahan C-D-E dapat menyediakan sokongan kepada 20 peratus lebih ramai pembantu rumah kali pertama.
Ruang baharu yang terletak di Bukit Timah Road itu boleh menjalankan sehingga 3,000 sesi setiap bulan bagi menolong pembantu rumah menyesuaikan diri dalam sekitaran baharu, selain mendidik mereka tentang amalan kerja yang selamat.
Rancangan tersebut didedahkan sedang CDE meraikan ulang tahunnya yang ke-10.
Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash berkata: "Ini akan membolehkan CDE mengendalikan lebih banyak kegiatan dan program secara serentak, termasuk kelas bahasa dan latihan bagi pembantu rumah hijrahan.
"Dengan tempat baharu ini, CDE tidak perlu mencari lokasi di luar bagi menganjurkan programnya serta rakan-rakan kongsi yang sudah menyatakan minat untuk bekerjasama dengannya."

Sumber : CNA/FZ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.