Kemudahan bersepadu Kampung St John's-St Margaret's bagi pelbagai generasi dibuka di Dover
SINGAPURA: Sebuah kemudahan bersepadu yang menempatkan rumah rawatan, pusat jagaan warga emas dan tadika baru dilancarkan di Dover pada Rabu (14 Sep).
Kampung St John's-St Margaret's (SJSM) merupakan inisiatif kedua seumpamanya yang dipelopori masyarakat di Singapura.
Ia dapat menampung kira-kira 500 kanak-kanak dan warga emas.
Kampung SJSM merancang untuk mengadakan kegiatan berbilang generasi seperti senaman dan kraftangan.
Pengerusi Kampung SJSM percaya ada manfaat perubatan apabila warga emas berinteraksi dengan kanak-kanak di kemudahan tersebut.
Di samping itu, kanak-kanak dapat menjadi lebih matang dan menyesuaikan diri dengan suasana masyarakat.
Setakat ini, terdapat lebih 200 sukarelawan di Kampung SJSM iaitu sekitar seganda daripada jumlah di rumah rawatan lain di bawah kelompok Rumah Rawatan St Andrew's.
"Seperti bagaimana ia memerlukan sebuah kampung untuk membesarkan anak, semua lapisan masyarakat juga perlu untuk menyokong warga emas kita. Bagaimanakah rupa masyarakat sedemikian?", kata Menteri Kedua Kesihatan Encik Masagos Zulkifli.
Tambah beliau keluarga bekerja rapat dengan penyedia khidmat seperti Pusat Jagaan Warga Emas St Andrew's untuk memberi sokongan yang diperlukan untuk ibu bapa yang semakin tua, di rumah dan di pusat jagaan.
"Para sukarelawan secara proaktif berkawan dengan warga tua yang terpencil dalam masyarakat dan menghubungkan mereka dengan rakan kongsi serta program yang relevan," ujarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.