Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan bersepadu, cara baru diusul guna kawasan tanah S'pura 50 tahun akan datang

Seramai 60 anggota masyarakat memberi pandangan mereka hari ini (24 Okt) tentang bagaimana Singapura seharusnya menggunakan kawasan tanahnya dalam tempoh 50 tahun akan datang dan seterusnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemudahan bersepadu, cara baru diusul guna kawasan tanah S'pura 50 tahun akan datang

Gambar: AFP

Diterbitkan : 24 Oct 2021 07:30PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 07:40PM

SINGAPURA: Seramai 60 anggota masyarakat memberi pandangan mereka hari ini (24 Okt) tentang bagaimana Singapura seharusnya menggunakan kawasan tanahnya dalam tempoh 50 tahun akan datang dan seterusnya.

Ia adalah yang pertama daripada satu siri enam perbincangan maya yang diadakan sehingga Disember ini.

Antara saranan-saranan diberikan termasuk menubuhkan kelab masyarakat di rangkaian penghubung taman yang mempunyai kawasan berteduh dan kegiatan serta mengadakan projek perumahan di ruang komersil.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee juga merujuk kepada kemungkinan menyepadukan kemudahan-kemudahan seperti sekolah atau muzium.

Bagi mewujudkan Singapura yang lebih mampan, beliau menimbulkan idea untuk mempunyai ladang panel suria terapung atau tempat menghasilkan tenaga elektrik daripada angin di laut.

"Kami sedang melihat jauh ke hadapan dan cuba menjangkakan pelbagai kemungkinan, peluang dan risiko. Selepas itu, kami boleh mengubah rancangan jangka panjang ini kepada rancangan lebih jelas dalam jangka pendek dan jangka sederhana supaya kami boleh membuat idea kami menjadi kenyataan setapak demi setapak," kata Encik Lee. 

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan