Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan baru Hilleman Laboratories akan bekalkan bahan vaksin bagi ujian klinikal

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Feb 2022 08:22PM Dikemas Kini : 22 Feb 2022 09:01PM

SINGAPURA: Singapura bakal mempunyai kemudahan baru bagi pembangunan vaksin baru untuk meningkatkan perlindungan terhadap penularan penyakit.

Ia adalah sebahagian daripada hab vaksin dan biologi bernilai S$80 juta oleh pertubuhan penyelidikan vaksin Hilleman Laboratories.

Kemudahan baru itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun depan.

Upacara pecah tanah pada Selasa (22 Feb) disaksikan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong.

Kemudahan itu adalah yang pertama seumpamanya bagi Hilleman Laboratories dan akan membekalkan bahan-bahan vaksin bagi ujian klinikal.

Ia juga boleh menghasilkan vaksin untuk kegunaan negara jika perlu.

Hampir 50 kakitangan baru diambil bagi mengendalikan kemudahan tersebut terdiri daripada ahli saintis,jurutera dan pengurus.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan