Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan baru bernilai S$200 juta dibina bagi pertingkat daya tahan jaminan bekalan makanan SG

Anggaran Waktu Membaca:
Kemudahan baru bernilai S$200 juta dibina bagi pertingkat daya tahan jaminan bekalan makanan SG

(Gambar: Commonwealth Capital)

SINGAPURA: Satu kemudahan bernilai S$200 juta akan dilancarkan untuk mempertingkat daya tahan jaminan bekalan makanan Singapura serta logistik barangan dingin. 

Ia juga akan mencipta sehingga 130 pekerjaan baru.

Dijangka siap pada 2025, kemudahan baru itu turut menyediakan tempat simpanan sejuk yang boleh menampung sehingga 80 juta kilogram makanan.

Berucap di upacara pecah tanah kemudahan tersebut, Menteri Negara bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata, kemudahan sedemikian dapat bantu mengelakkan gangguan kepada bekalan makanan atau lonjakan harga.

Ia turut menyokong matlamat Singapura untuk menjadi hab perdagangan dan logistik. 
 
Cik Low turut menjelaskan kemudahan sedemikian amat diperlukan untuk melanjutkan tempoh luput produk makanan. 

Ia didorong oleh keprihatinan dari segi jaminan bekalan makanan, serta permintaan lebih tinggi di Asia bagi produk makanan yang mudah rosak. 

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan