Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan baru berbilion dolar dilancar, kaji rawatan lanjut penyakit barah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2022 09:50PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 09:55PM
SINGAPURA: Sebuah kemudahan yang akan mengkaji rawatan bagi penyakit yang sukar untuk dirawat seperti barah dan penyakit-penyakit autoimun dilancarkan pada Jumaat (23 Sep).

Seluas 40,000 kaki persegi, kemudahan jutaan dolar Hummingbird Bioscience merupakan tambahan terbaru kepada sektor bioteknologi tempatan.

Sektor itu menyumbang $860 juta oleh lebih 40 syarikat tempatan tahun lalu.

Hummingbird Bioscience bertujuan untuk menyasarkan penyakit dengan lebih tepat dengan menggabungkan bioterapeutik dengan dapatan daripada sains data.

Bercakap di acara pelancaran kemudahan ini, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata usaha syarikat-syarikat pemula seperti Hummingbird adalah sebab mengapa sektor bioteknologi terus berkembang di Singapura.

Encik Heng juga menambah pemerintah akan terus melabur dalam sektor bioteknologi serta menarik bakat-bakat terbaik sedang sektor sains perubatan membentuk kira-kira 3.3 peratus daripada GDP negara dengan lebih 25,000 pekerja tahun lalu.

Biotek, termasuk perkembangan perubatan, mempunyai potensi untuk meningkatkan kehidupan ramai orang di rantau ini dan di merata dunia. Singapura berharap untuk menyumbang dengan terus mengukuhkan lagi asas saintifik, melanjutkan hayat dan mengekalkan pembiayaan bijak. Yang penting, untuk berkembang, kita harus kekal terbuka dan subur untuk bioteknologi.
 
Sumber : CNA/IA/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa