Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan bantu pesakit demensia dirintis di Ang Mo Kio

Keperluan warga emas yang tinggal di sebuah blok perumahan di Ang Mo Kio terpelihara supaya mereka tidak perlu dipindahkan ke rumah-rumah jagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Mar 2022 08:17PM Dikemas Kini : 05 Mar 2022 11:23PM

SINGAPURA: Keperluan warga emas yang tinggal di sebuah blok perumahan di Ang Mo Kio terpelihara supaya mereka tidak perlu dipindahkan ke rumah-rumah jagaan.

Projek yang dirintis Pertubuhan Akar Umbi Kebun Bahru dan Dementia Singapore itu dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (5 Mac).

Sekiranya berkesan, projek itu mungkin diluaskan ke lebih banyak estet.

Blok 115 Ang Mo Kio Avenue 4 adalah tempat tinggal bagi sebilangan warga emas yang kurang bernasib baik.

Ramai yang tinggal di flat-flat sewa itu kurang berkemampuan dan kerap tidak bersua muka dengan keluarga mereka.

Namun di sebuah kemudahan di tingkat dua blok tersebut, mereka dijaga oleh sebuah pasukan khusus.

Mereka menjaga sekitar 40 warga emas dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, memenuhi semua keperluan mereka.

Di sana juga, para penduduk dapat bermain bersama, bercucuk tanam atau setakat meluangkan masa dengan teman-teman.

Di sebuah bilik berasingan, sesi tele-kesihatan disediakan di mana mereka boleh menjalani ujian kesihatan secara tetap. Keperluan mencuci baju dan mendapatkan makanan turut dibantu.

"Matlamat jangka panjang projek ini sudah tentunya adalah untuk membuktikan dengan sokongan yang kami sediakan, warga emas dapat terus tinggal di flat-flat dengan lebih lama. Ini berbanding sekiranya mereka menghidapi demensia atau penyakit kronik serta memerlukan bantuan tetapi tiada pilihan dan terpaksa dipindahkan ke sebuah rumah jagaan," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Dementia Singapore, Jason Foo.

Bagi yang menyokong program tersebut, harapan mereka bukan sahaja untuk membantu individu yang sudah menghidapi demensia tetapi meningkatkan kesedaran golongan yang mempunyai risiko menghidapi penyakit tersebut.

Menjelang 2030, lebih 150,000 rakyat Singapura dijangka menghidapi demensia.

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan