Kemudahan baharu Applied Materials di SG bernilai S$650 juta dijangka cipta 1,000 pekerjaan baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kemudahan pengilangan baharu milik syarikat Applied Materials bernilai kira-kira S$650 juta dijangka mencipta 1,000 pekerjaan baharu di Singapura sepanjang setahun ini.
Syarikat teknologi Amerika itu juga bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan bagi memupuk bakat dalam bidang tersebut.
Kecerdasan buatan (AI) masih terus mendorong permintaan tinggi bagi semikonduktor yang lebih berkuasa.
Lantaran itulah, syarikat-syarikat seperti Applied Materials mengembangkan keupayaannya agar dapat mengikuti rentak permintaan tersebut.
Bagaimanapun, mempertingkat daya pengilangan hanya sebahagian daripada usaha itu.
Menurut pemain industri, bakat akan menjadi penentu utama sedang teknologi semakin kompleks dan dipacu AI.
Untuk memperkukuh saluran bakat, syarikat Applied Materials melancarkan kerjasama bernilai S$3 juta dengan Institut Teknologi Singapura (SIT).
Ini termasuk jawatan profesor industri serta biasiswa untuk melatih jurutera dalam bidang-bidang seperti robotik dan AI agentik.
Presiden Serantau Asia Tenggara, Applied Materials, Brian Tan berkata: "Kami ingin membina saluran bakat jurutera, penyelidik, karyawan yang dilengkapi dengan kecekapan dalam pembuatan semikonduktor, robotik dan automasi canggih.
"Hari ini bukan sahaja detik penting untuk Applied Materials. Ia mencerminkan pencapaian penting bagi ekosistem lebih luas di Singapura dan juga rantau ini."
Peluasan ini dilakukan seiring dengan usaha Singapura memperkukuh peranannya dalam rantaian bekalan semikonduktor di peringkat global.
Ini satu strategi yang diharap dapat menarik pelaburan dan mencipta peluang bagi syarikat dan pekerja tempatan.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, berkata: "Keupayaan ini akan menjadi lebih penting kerana masa depan semikonduktor bukan sahaja bergantung kepada reka bentuk cip tetapi juga penemuan baharu dalam bidang bahan, proses dan penyepaduan.
"Apabila syarikat global terkemuka seperti Applied (Materials) memperkukuh kehadirannya di sini, ia mencipta peluang bagi pembekal tempatan, memperkuat asas pengilangan maju kami, dan membantu syarikat yang berpangkalan di Singapura menyertai rantaian nilai global."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.