Skip to main content

Singapura

Kempen tahunan Polis Trafik diperluas kepada pemandu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Apr 2024 07:32PM Dikemas Kini : 01 Apr 2024 10:23PM
SINGAPURA: Para pemandu dan penunggang motosikal yang menunjukkan sikap yang baik di jalan raya, mungkin menerima hadiah ataupun anugerah daripada Polis Trafik.

Ini sebahagian daripada kempen tahunan yang menggalak amalan menunggang yang baik di kalangan penunggang motosikal, dan tahun ini kini diperluaskan kepada para pemandu juga.

Polis Trafik menyatakan, kerana semua pemandu dan penunggang memainkan peranan penting dalam memastikan jalan raya selamat buat semua pengguna.

Antara sikap memandu atau menunggang yang baik yang diperhatikan polis dalam kempen ini termasuklah memberi jalan kepada pemandu lain.

Antara hadiah yang mungkin diberikan Polis Trafik termasuklah baju hujan bagi penunggang dan pembersih udara mini bagi pemandu.

Kempen tersebut juga menggalak syarikat-syarikat untuk memainkan peranan dalam memastikan para pekerja mereka turut mengamalkan amalan baik di jalan raya.

Kempen itu akan dijalankan selama enam bulan.

Beberapa pemandu dan penunggang teladan juga akan menerima anugerah khas oleh Polis Trafik pada Oktober nanti.

Mengulas mengenai langkah memperluaskan kempen itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri, Dr Faishal Ibrahim berkata: " TP (Polis Trafik) telah meningkatkan usaha pendidikan, pelibatan dan penguatkuasaan mereka. Kempen ganjaran kepada pemandu berhemah ini adalah salah satu cara untuk memfokuskan perhatian pemandu kepada keselamatan jalan raya.

"Ini adalah supaya mesej dapat disampaikan bahawa kedua-dua para pemandu kereta dan penunggang motosikal memainkan peranan yang penting dalam memastikan jalan raya kita selamat untuk semua dengan mengamalkan tabiat memandu dan menunggang yang baik."
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita