Skip to main content

Singapura

Kempen Sinar Kasih kumpul lebih S$107,000 secara keseluruhan, bantu hampir 40 artis

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kempen Sinar Kasih anjuran Mediacorp, PRIHATIN (Penggiat Seni Melayu Singapura) dan Perkumpulan Seni sampai ke kemuncaknya pada Jumaat (29 Apr), dan berjaya mengumpul lebih S$107,000.

Dengan jumlah sumbangan di luar jangkaan itu, kempen tersebut diperhebatkan lagi dengan tambahan 30 penggiat seni bagi diiktiraf atas sumbangan mereka kepada persada seni tempatan.

Habuan itu diagihkan kepada para penerima dalam satu acara berbuka puasa 'Malam Sinar Kasih' yang diadakan malam semalam.

Ini tambahan kepada jumlah asal iaitu sembilan orang yang sudah menerima agihan kempen Sinar Kasih sebelum ini.

TAMBAHAN 30 PENGGIAT SENI TERIMA BANTUAN KEMPEN SINAR KASIH

Pelakon veteran A.Mahadi, Raffi Khan, penyanyi Mahani Mohamad serta bekas penyiar radio Mediacorp, Siti Aminah Siregar merupakan antara 30 artis dan penggiat seni Melayu tempatan yang menerima bantuan wang tunai di acara pengagihan dana Malam Sinar Kasih.

Related article image
<p>Gambar: Hakim Irwan</p>

Encik A. Mahadi berkata: "Saya rasa terharu kerana sudah diundang dan dipilih oleh PRIHATIN sebagai salah satu penerima. Saya sangat-sangat bersyukur."

Bekas penyiar radio Mediacorp, Siti Aminah Siregar pula berkata: "Tak terfikir orang masih ingat dengan saya sebab sudah lebih 20 tahun saya meninggalkan Mediacorp. Syukur Alhamdulillah dengan apa yang diberikan malam ini, dan saya dapat habuan untuk bawa balik. Saya dapat motor juga bawa balik padahal saya sudah terfikir untuk menggantikan dengan yang baru.

Sebelum ini, kempen Sinar Kasih sudah mengagihkan sumbangan kepada sembilan penerima bantuan termasuk pelakon Mahadi Shor serta penyanyi Zaleha Hamid dan Zubir Abdullah.

Related article image
<p>Gambar: Hakim Irwan</p>

Ketua Eaglevision dan Audiens Melayu, Sabariah Ramilan berkata: "Dengan derma untuk kempen Sinar Kasih yang di luar jangkaan, kami dapat mengagih bantuan kepada lebih ramai penerima dan penggiat seni tempatan. Ini bagi memberi penghargaan terhadap usaha mereka membangkitkan industri ini sambil merakamkan rasa ihsan dan keprihatinan kami terhadap mereka."

Berkenaan kempen Sinar Kasih, Presiden PRIHATIN Jasmi Md Nor berkata: "Penerima yang dipilih merupakan penggiat seni yang sakit atau uzur dan tiada pendapatan tetap. Ada dalam kalangan mereka menghidapi barah, mengalami serangan angin ahmar, masalah jantung, kencing manis, leukemia, sakit tua, dirawat di unit jagaan rapi di hospital dan ada pula sedang menanti pendermaan organ."

Menurut pihak Mediacorp, antara penerima bantuan kempen Sinar Kasih, pelakon Zamberi Abdul Patah yang menghidapi penyakit Elephantiasis, kini sedang berada di Unit Jagaan Rapi di Hospital Ng Teng Fong.

Lebih 13 peratus daripada sumbangan derma yang terkumpul untuk kempen Sinar Kasih disalurkan kepada Dana Darurat yang diselenggarakan oleh PRIHATIN demi membantu ramai lagi penggiat seni sepanjang tahun ini.

Jumlah tersebut tidak termasuk penambahan derma sebanyak $10,000 dari POS TKI Logistics Pte Ltd di acara Malam Sinar Kasih pada Jumaat malam (29 Apr).

Related article image
<p>Gambar: Hakim Irwan</p>

Senarai para artis dan penggiat seni Singapura di bawah bantuan kempen Sinar Kasih:

Pelakon
1. A. Mahadi
2. Mahani Mohd
3. Maria Bachok
4. Rafi Khan
5. Zaleha Hamid
6. Mahani Hassan
7.J amilah Abu Bakar
8. J. Rosmini
9. Abdullah Ahmad
10. Abdul Wahid bin Ahmad (Wahid Satay)
11. Abdul Rasip Yahya (Mat Sentol)
12. Mahadi Shor
13. Zamberi Abdul Patah
14. Zainon Ismail (Mak Otek)

Penyanyi / Pemuzik
1. Fadilla Wanda
2. Hashim (Koosmangat)
3. Winn (Denova)
4. Nizam Mulok
5. Hamid Ahmad (Black Dog Bone)
6. Razzi M
7. S. Roha
8. Jumat (Acess)
9. Juman Aman (Antartic)
10. Zubir Abdullah
11. Rosli Mohalim
12. Zaleha Hamid
13. Manisah Amat (Last Minute)
14. Ahmad Indra (Koosmangat)

Pelukis
1.Mohamed Sadali Musbah
2.Idris Mohamed Ali

Penulis/Sasterawan
1. Johar Buang
2. EF Kamaludin
3 .Khalid Zainul

Penari
1. Mazlina Buang

Mantan Penyiar Berita/Radio
1. Riz Sunawan
2. Siti Aminah Siregar
3. Inon Salleh

Penggiat Seni
1. Juria Banding
2. Rusedah Tawahid

Sumber : BERITA Mediacorp/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita