Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen 'Ramadan Takeout' sasar agih makanan kepada kanak-kanak istimewa memerlukan sepanjang tahun

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Satu inisiatif agihan makanan untuk kanak-kanak berkeperluan khas sempena Ramadan dilanjutkan menjadi kempen sepanjang tahun.

Ini harapan dan usaha seorang ibu, Cik Faraliza Zainal yang membesarkan anak dengan autisme.

Cik Faraliza bermula dengan misi memperbaiki kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas melalui pendidikan dan kemahiran di sekolah yang beliau asaskan, My Islamic Journey (MIJ) Hub.

(Gambar: MIJ Hub)

Kempen 'Ramadan Takeout' yang beliau mulakan pada 2020 itu menyediakan makanan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dari keluarga memerlukan.

Tinjauan ke atas para pelajarnya daripada keluarga berpendapatan rendah menunjukkan mereka kurang menikmati makanan sihat dan baik bersama keluarga di rumah.

"Kadang-kadang mereka makan mi segera dan makanan itu harus dikongsi dengan berapa ramai anak-anak di dalam rumah dan selepas itulah kita bercadang untuk mengadakan 'Takeout Campaign' ini supaya kita dapat menyediakan makanan untuk mereka dan menghantar ke rumah mereka," jelas Cik Faraliza.

Beliau juga melibatkan golongan berkeperluan khas seperti anaknya sendiri Mohd Ashraf Mohd Ali dalam kerja kebajikan dan langkah itu berjaya membina keyakinan dirinya.

Ia memperkasa mereka dan membuktikan bahawa golongan berkeperluan khas juga boleh menyumbang kepada masyarakat.

Di samping itu, ia satu pendorong buat keluarga penerima bahawa anak mereka juga boleh melakukan yang sama satu hari nanti.

"Kami harap kami dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya S$88,000 agar kami dapat memberi makanan setiap minggu selama setahun. Setakat ini dana yang kami ada hanya untuk bulan Ramadan dan sebulan akan datang," kata Cik Faraliza.

Pada masa ini, mereka mengagihkan makanan kepada 36 keluarga iaitu seramai 163 individu.

Ini hasil derma yang dikumpulkan daripada orang ramai menerusi laman GIVE.asia.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan