Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen Projek Kasih sudah berjaya mengumpul S$1.3 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen Projek Kasih sudah berjaya mengumpul S$1.3 juta

(Gambar: Persatuan Ain)

SINGAPURA: Kempen Projek Kasih berjaya mengumpul S$1.3 juta setakat jam 6.00 petang pada Sabtu (11 Jan), melepasi sasaran awal S$700,000 yang ditetapkan oleh Persatuan Ain untuk tahun ini.

Namun ia lebih rendah berbanding kempen tahun lalu yang berjaya mengumpul S$1.5 juta.
Bagaimanapun, satu masalah teknikal berlaku semasa konsert amal selama dua jam itu, sama seperti insiden yang berlaku pada konsert amal tahun lalu.
Encik Md Yusof berkata: "Sumbangan derma dalam talian yang kami terima adalah di luar jangkaan, dan ini mengakibatkan masalah teknikal yang menghalang orang ramai daripada membuat sumbangan. Dalam masa yang sama, kami sangat tersentuh apabila melihat begitu ramai orang ingin menderma."

Masalah tersebut berjaya diatasi dengan segera melalui pelaksanaan Kod QR aplikasi bank, berbeza dengan insiden tahun lalu yang memerlukan beberapa jam untuk diselesaikan.

"Sistem derma dalam talian kami untuk Projek Kasih telah diuji untuk menampung 500 pengguna dalam satu saat, berbanding dengan 70 pengguna pada tahun lalu," jelas Encik Md Yusof.

Bagi mengelakkan masalah berulang, Persatuan Ain akan hanya menggunakan Kod QR aplikasi bank semasa konsert amal tahun hadapan.

Orang ramai masih boleh menderma kepada kempen Projek Kasih dengan cara-cara berikut:

1) Paynow ke UEN: T00SS0163F
2) Lelaman: aindonate.sg/pk25
Sumber : BERITA Mediacorp/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan