Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen pencegahan nasional dilancarkan sedang kes denggi meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 2,000 kes denggi dilaporkan setakat Jumaat (24 Mac).

Ini menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran, satu lagi penularan besar-besaran mungkin berlaku tahun ini.

Tahun lalu, jumlah denggi yang direkodkan adalah kedua tertinggi dalam sejarah.

Demi mencegahnya, kempen pencegahan nasional dilancarkan lebih awal demi menggesa orang ramai supaya berwaspada.

Membersihkan dan mengisi semula air setiap hari.

Itulah amalan harian seorang penjual bunga .

Usaha secara individu seperti itu yang digalakkan pihak berkuasa, sedang risiko penularan denggi semakin meningkat.

Lebih 100 kes denggi dilaporkan setiap minggu tahun ini.

Bulan lalu, jumlah nyamuk Aedes aegypti dalam masyarakat didapati 16 peratus lebih tinggi berbanding Februari tahun lalu.

Di samping itu, ramai penduduk Singapura tidak mempunyai daya tahan tubuh terhadap varian biasa virus denggi Serotype 3.

Lantaran itulah, usaha mendekati masyarakat seperti ini menjadi lebih penting lagi demi mencegah pembiakan nyamuk.

"Nyamuk mungkin kecil, serangga yang berterbangan. Tapi ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius dan risiko sangat besar kepada kesihatan awam. Itulah sebabnya kempen tahun ini adalah "Little but Lethal" (Kecil Tapi Bahaya), "kata Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, Encik Baey Yam Keng.

"Saya dijangkiti denggi dua kali. Jadi saya boleh beritahu, berkongsi pengalaman peribadi, bahawa ia suatu pengalaman sangat buruk yang saya harap tiada orang perlu melaluinya," tambahnya.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan ia meramalkan bilangan kes akan bertambah dalam beberapa bulan akan datang.

Ini kerana musim panas dari bulan Jun ke Oktober lazimnya menyaksikan lebih banyak jangkitan denggi.

Oleh itu, NEA menekankan betapa pentingnya semua penduduk dan pihak berkepentingan mengambil tindakan segera.
 
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan