Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen Pelan Hijau CNA sampai kemuncak dengan 'hackathon' huraian mampan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menekankan peri pentingnya kajian dan pengembangan untuk membantu Singapura beralih ke ekonomi hijau.

"Kajian dan pengembangan serta inovasi menjadi teras dan ciri ekonomi kita. Ia memacu pembangunan ekonomi dan sama juga bagi ekonomi hijau. Kita akan terus memberi tumpuan kepada usaha menggalak dan memupuk budaya inovatif dalam langkah kita ke ekonomi hijau." kata Encik Gan di acara 'hackathon' pada Sabtu (9 Apr)bagi menandakan kemuncak kempen Pelan Hijau CNA.

Selepas empat bulan kegiatan bertemakan kemampanan dijalankan, 10 pasukan belia bertarung untuk menghasilkan huraian inovatif bagi masa depan lebih mesra alam.

Idea-idea yang dijana termasuk produk sifar sisa dan memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) untuk menjejak kesan karbon.

Hadiah pertama berupa wang tunai S$10,000 dimenangi pasukan yang anggotanya semua wanita.

Idea mereka - menggunakan semula sisa makanan menjadi pembasmi kuman dan penghalau serangga.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan