Skip to main content

Singapura

Kempen 'Pandu Selamat, Kerja Selamat' dilancarkan

Jadi apabila si pemandu mendapati dirinya terlentuk-kerana mengantuk,'buzzer' akan dikejutkan untuk membuatnya terjaga.  

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jun 2018 01:42AM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 01:47AM

SINGAPURA: Di Singapura, dua orang mati akibat kemalangan berkaitan kenderaan di tempat kerja dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Dalam usahanya memperbaiki keadaan ini, Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja akan melakukan lebih banyak usaha termasuk melancarkan kempen yang memberi tumpuan kepada keselamatan kenderaan hari ini.

Memandu berjam-jam lamanya boleh memenatkan. Jadi apabila si pemandu mendapati dirinya terlentuk-kerana mengantuk,'buzzer' akan dikejutkan untuk membuatnya terjaga.

Pada masa yang sama, tempat duduknya akan bergetar apabila motor yang dipasang di tempat duduknya diaktifkan.

Teknologi yang direka untuk mengesan dan memberi amaran kepada pemandu yang letih adalah antara lima saranan yang memenangi Cabaran Teknologi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.

Ia menyediakan pembiayaan sehingga 70 peratus bagi syarikat untuk memanfaatkan teknologi bagi menangani isu keselamatan.

Kemalangan kenderaan adalah penyumbang terbesar bagi kematian berkaitan kerja tahun lalu - membentuk satu pertiga daripada kesemua kematian.

Sebuah kempen 'A Drive Safe, Work Safe' atau Pandu Selamat, Kerja Selamat, dilancarkan untuk menangani isu tersebut.

"Keselamatan bagi pemandu-pemandu kita amat penting dan kita mahu mereka selamat daripada akibat kemalangan oleh kerana mereka kepenatan atau stres apabila memandu. Jadi melalui kempen ini, kita berharap bukan sahaja pemandu tetapi juga majikan-majikan yang boleh memberi persekitaran yang boleh meningkatkan lagi keselamatan bagi pemandu kita," ujar Menteri Negara Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad.

Majlis itu bermatlamat untuk mendekati 20,000 pemandu tahun ini, dua kali ganda berbanding kempen tahun lalu.

Turut diterbitkan, sebuah video memaparkan keselamatan memandu yang juga boleh ditonton di media sosial. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita