Kempen "Live Well. Leave Well" bantu tingkatkan kesedaran, isu-isu jagaan akhir hayat
Kempen "Live Well. Leave Well" ini merupakan sebahagian daripada kerjasama tiga tahun antara SHC dan Kementerian Kesihatan.
SINGAPURA: Perbualan tentang akhir hayat seseorang amat menyayat hati dan sering dianggap sebagai sesuatu yang pantang.
Namun Majlis Hospis Singapura (SHC) sedang berusaha mengubah sikap sedemikian.
Pagi ini (9 Jun) ia melancarkan satu program pendampingan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan paliatif dan isu-isu yang berkaitan dengan akhir hayat.
Kempen "Live Well. Leave Well" ini merupakan sebahagian daripada kerjasama tiga tahun antara SHC dan Kementerian Kesihatan.
Hari pertama program dua hari ini merangkumi siri ceramah dan pelancaran set kelengkapan bagi membantu rakan-rakan masyarakat dalam mendidik orang awam tentang khidmat penjagaan paliatif.
Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Amy Khor berkata kemudahan, mutu dan kemampuan bagi khidmat penjagaan paliatif semakin baik sejak kebelakangan ini.
Namun, tambah beliau, usaha meningkatkan kesedaran tentang penjagaan paliatif sama pentingnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.