Kempen keselamatan kebakaran di rumah dilancar di Bishan-Toa Payoh dan Marymount
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu kempen peringkat kebangsaan mengenai keselamatan kebakaran di rumah dilancarkan pada Ahad (19 Okt).
Inisiatif "Lebih Sedar, Rumah Lebih Selamat" bertujuan mendidik orang ramai mengenai cara bertindak balas terhadap kebakaran serta mengesan bahaya di rumah.
Ia dilancarkan di kawasan Bishan-Toa Payoh dan Marymount oleh para Anggota Parlimen termasuk Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat.
Lawatan rumah ke rumah setiap minggu hingga ke pameran bergerak masyarakat akan dilaksanakan.
Kempen itu dijalankan setelah jumlah kebakaran di rumah yang berpunca dari alat mobiliti aktif meningkat lebih 20 peratus tahun lalu.
Kebakaran yang berlaku di estet-estet HDB bukan sahaja menyebabkan gangguan besar kepada para penghuni, malah juga merosakkan harta benda dan meragut nyawa.
Lantaran itu Encik Chee berkata, penting bagi setiap orang komited terhadap usaha tersebut.
"Apabila kita bersedia, kita meningkatkan tahap kesediaan kita dan kita meningkatkan daya tahan kita untuk seluruh masyarakat.
"Jadi, setiap kemahiran yang anda pelajari hari ini, setiap pemeriksaan keselamatan yang anda lakukan membantu membina sebuah masyarakat yang lebih berdaya tahan," kata Encik Chee.
"Jadi, saya berharap agar para penduduk akan terus bekerjasama dengan kami untuk menyokong kami dan marilah kita mainkan peranan kita dalam meningkatkan keselamatan rumah-rumah kita dan keselamatan masyarakat kita," tambahnya.
Encik Chee berkata majlis-majlis bandaran akan meningkatkan pemeriksaan di ruang-ruang awam.
Para sukarelawan masyarakat di semua kawasan undi di Singapura juga sudah dilatih untuk memeriksa barang-barang yang berpotensi mencetuskan kebakaran di kawasan-kawasan kejiranan mereka.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melaporkan bahawa kebakaran membabitkan alat mobiliti aktif menyebabkan enam kematian sejak 2019.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.