Kempen kesedaran barah Persatuan Ain di Singapore Expo tarik 300 orang, hampir separuh jalani penilaian awal
Persatuan Ain terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran tentang penyakit barah, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Ain terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran tentang penyakit barah, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.
Usaha itu kini memasuki tahun ketiga.
Kempen Kesedaran Barah anjuran persatuan itu yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun di Singapore Expo berjaya menarik kira-kira 300 pengunjung.
Hampir separuh daripada mereka menjalani penilaian awal, dengan 74 orang terus mendaftar untuk menjalani saringan barah.

KESAN AWAL, BARAH TERKAWAL
Dengan seruan "Kesan awal, Barah terkawal", kempen itu menekankan kepentingan pengesanan awal melalui pendekatan lebih dekat dengan masyarakat.
Jururawat sukarelawan bersedia menjawab pertanyaan tentang barah dan prosedur saringan, manakala sukarelawan lain membantu pengunjung menyemak kelayakan mereka untuk mendapatkan subsidi bagi menjalani ujian di poliklinik.
Turut hadir adalah bekas pesakit barah dan ibu bapa kepada pesakit kanak-kanak, yang tampil berkongsi pengalaman mereka sebagai sebahagian daripada usaha membina keyakinan dan mengurangkan stigma dalam masyarakat.

"Apabila seseorang datang kepada kami untuk mendapatkan bantuan kerana menghidap barah, berdasarkan pengalaman kami selama 15 tahun, kebanyakannya sudah berada pada tahap yang lanjut. Ini kerana tanpa menjalani saringan, barah kadangkala tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda awal yang membuatkan mereka sedar mereka sebenarnya menghidap penyakit itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Encik Yusof Ismail.
Tanpa saringan, barah kadangkala tiada simptom atau tanda awal, menyebabkan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit tersebut, kata beliau.
"Inilah harapan Persatuan Ain apabila turun ke lapangan, untuk menyedarkan masyarakat bahawa sehingga kini belum ada satu rawatan pun yang boleh dikatakan 100 peratus berkesan untuk merawat barah. Oleh itu, cara terbaik menangani masalah ini adalah dengan menjalani saringan. Apabila barah dikesan pada peringkat awal, ia boleh dikawal dan memberikan peluang lebih baik kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai demi pemulihan mereka," tambah Encik Yusof Ismail.
TAKUT DAN SALAH FAHAM ANTARA SEBAB KADAR SARINGAN RENDAH
Sebahagian besar pengunjung adalah wanita berusia 50-an.
Namun, lebih 200 daripada mereka memilih untuk tidak menjalani saringan, walaupun ramai mengakui sering menasihati ahli keluarga supaya lakukannya.
Antara halangan utama adalah ketakutan, stigma, dan salah faham budaya.
"Ada yang berkata, ‘Tak ada penyakit, kenapa nak cari penyakit? Kalau tak tahu, tak mengapa, tapi kalau dah tahu nanti bagaimana?’ Selain itu, bagi barah seperti kanser pangkal rahim dan payudara, ia melibatkan soal aurat. Oleh itu, kami membawa pakar serta individu yang pernah menjalani saringan barah untuk menerangkan betapa privasinya proses seperti mammogram ini,” kongsi Encik Yusof.
Bagi Cik Zaharah Mohammed, penyertaan dalam kempen ini membantunya mengambil langkah pertama.
“Pegawai Persatuan Ain memberitahu bahawa pengesanan awal bagi barah adalah sangat baik. Kita boleh mengetahui dengan cepat dan mudah... Mereka banyak membantu kaum ibu yang berumur antara 40 tahun ke atas,” kata beliau.
Persatuan Ain akan meneruskan kempen ke masjid-masjid dan badan masyarakat untuk menggalakkan lebih ramai tampil menjalani saringan.

Kemuncak kempen adalah sebuah konsert khas bertajuk 'Irama Perjuangan' yang akan diadakan di Teater Mediacorp pada Ogos nanti, menampilkan artis seperti Liza Aziz, Hady Mirza dan Mimifly.
Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.