Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen "jangan beri makan" monyet dilancar

Kempen "jangan memberi makan" selama tiga tahun dilancarkan hari ini (26 Nov) untuk mencegah orang ramai daripada memberi makanan kepada monyet jenis Macaque.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2019 08:56PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 09:14PM

SINGAPURA: Kempen "jangan memberi makan" selama tiga tahun dilancarkan hari ini (26 Nov) untuk mencegah orang ramai daripada memberi makanan kepada monyet jenis Macaque.

Ia diumumkan oleh Menteri Kedua Pembangunan Negara, Desmond Lee semasa satu persidangan mengenai kehidupan Haiwan Liar.

Beliau turut mengumumkan satu tinjauan selama tiga tahun yang akan memantau kelakuan dan pergerakan monyet-monyet.

Ia akan dijalankan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan akan bermula Januari 2020.

Menurut kumpulan pencinta alam, kempen jangan beri makan kepada monnyet perlu kerana haiwan itu datang dari dalam hutan dan memecah masuk rumah untuk mencuri makanan.

Namun, keadaan itu sudah bertambah baik bagi para penduduk yang tinggal di Old Upper Thomson Road.

NParks menyatakan, jumlah kes memberi makanan kepada monyet menjunam dari 100 pada 2016, kepada kurang daripada 30 tahun ini.

Meskipun jumlah pemberian makanan semakin merosot, menurut Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (ACRES), hampir 280 penemuan monyet jenis macaque dilaporkan tahun ini, naik 30 berbanding tahun lalu.

Menerusi kempen tiga tahun yang baru dilancarkan, pelbagai inisiatif akan diadakan seperti jejak alam semula jadi, ceramah untuk mendalami pemahaman orang ramai mengenai kelakuan monyet 

Sumber : CNA/SY/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa