Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen "Go Malaysia" dilancarkan di Singapura, tawar pakej percutian yang penuhi permintaan pasaran setempat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kempen “Go Malaysia”, satu inisiatif yang dilancarkan Tourism Malaysia dengan kerjasama EasyBook.com, menawarkan pakej percutian menarik yang memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Ia mempromosikan pakej berpatutan, termasuk pengangkutan, penginapan dan tempat-tempat tarikan di Malaysia buat pelancong dari Singapura.

Tawaran menarik ini boleh didapati di EasyBook.com sejak 24 Ogos 2022 hingga 15 Dis 2022 untuk perjalanan ke Malaysia antara 24 Ogos 2022 hingga 31 Dis 2022.

“Memandangkan tempahan perjalanan dalam talian meningkat, kami percaya sudah tiba masanya untuk kami memulakan kempen yang lebih agresif,” kata Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia di Singapura Salahuddin Mohd Ariffin dalam satu kenyataan pada Selasa (30 Ogos).

Encik Salahuddin berkata menerusi perkongsian dengan EasyBook.com, dijangka lebih ramai warga Singapura akan melawat Malaysia.

Pelancaran kempen itu yang berlangsung Jumaat lalu (26 Ogos), disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Dr Azfar Mohamad Mustafar, menurut Pejabat Pelancongan Malaysia di Singapura.

Turut hadir Pengarah Pelancongan Malaysia – Bahagian Promosi Antarabangsa (ASEAN) Mohd Shahrir Mohd Ali, dan Pengarah Urusan EasyBook.com William Lee.

Untuk kempen “Go Malaysia”, EasyBook.com menawarkan pakej percutian singkat yang berpatutan dan diskaun sehingga 50 peratus untuk semua tempahan bas dari Singapura ke Malaysia, sah dengan menggunakan kod promo ‘GOMALAYSIA’.

Pelbagai tawaran pakej tersedia, termasuk perjalanan ke Genting Highlands, Kuala Lumpur, Desaru, dan banyak lagi.

Ditubuhkan pada 2006, EasyBook.com adalah platform tempahan dalam talian pengangkutan darat dan laut terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 40 juta tiket terjual secara atas talian dan lebih 800,000 muat turun bagi aplikasi mudah alih itu.

EasyBook.com mewakili pengendali bas, feri, kereta api, kereta dan agensi pelancongan di seluruh rantau ini.

Sementara itu, Encik Lee berkata sebagai platform tiket pengangkutan dalam talian sehenti terbesar dan terkemuka di Asia Tenggara, EasyBook.com berharap Kempen “Go Malaysia” akan memacu lagi pelancongan dari Singapura ke Malaysia dan memperkasakan kerjasama antara Pembekal Pelancongan Malaysia dengan Ejen Pelancongan Singapura.

“Sistem tambang automatik bagi menyewa bas telah dilancarkan di EasyBook.com, membolehkan kumpulan pelancong yang ramai menyewa keseluruhan bas berbanding membeli tiket bas secara individu, serta menggalakkan mereka melancong bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Encik Lee.

Sejak sempadan antarabangsa dibuka semula, Pejabat Pelancongan Malaysia Singapura memaklumkan Singapura menjadi penyumbang utama kepada ketibaan dan pendapatan bagi sektor pelancongan di Malaysia.

Pejabat itu memaklumkan pihaknya memulakan program promosi untuk menarik lebih ramai pelancong dari Singapura ke Malaysia selepas terhenti lebih daripada dua tahun.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan