Kempen Go Green SG bertujuan jadikan SG lebih bersih dan mesra alam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Kemampanan dan Sekitaran)
SINGAPURA: Penguatkuasaan, infrastruktur dan pendidikan adalah anak kunci untuk menjadikan Singapura lebih bersih dan mesra alam.
Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat ketika melancarkan kempen 'Go Green SG' yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar.
Kadar dulang makanan yang dipulangkan sudah meningkat, dengan kira-kira 93 peratus warga Singapura memulangkan sudu garfu berbanding 65 peratus tiga tahun lalu.
Menurut DPM Heng, ia disebabkan peraturan dan kerjasama dengan majlis bandaran dan kontraktor pembersihan.
"Sebagai seorang individu, kita harus ingat bahawa tindakan kita memainkan peranan. Kita mempunyai pilihan untuk mengotorkan satu tempat atau membersihkannya.
"Tabiat mudah seperti memisahkan sampah, memulangkan dulang, dan menjaga kebersihan tandas, semuanya membantu untuk memastikan ruang awam bersih."
Beliau menambah bahawa perkara tersebut boleh dilaksanakan di bidang lain, sedang pasukan bertindak pemerintah ditubuhkan untuk menangani tandas awam yang kotor.
Untuk melibatkan lebih ramai orang, inisiatif Go Green SG menawarkan sehingga 360 aktiviti untuk orang ramai belajar lebih banyak mengenai kelestarian alam sekitar.
Sebahagian besar acara yang diadakan adalah mengenai kebersihan, kerana kempen tahun ini menumpukan kepada kebersihan awam.
Lebih daripada 180 pertubuhan akan menawarkan pelbagai program.
Ini termasuk lawatan di sebalik tabir, yang menunjukkan bagaimana agensi memantau mutu udara dan aktiviti sukarelawan untuk membersihkan hutan di Pulau Ubin.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.