Kempen galak para pembeli bawa beg sendiri dilancarkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu kempen selama tiga bulan, yang bertujuan menggalak para pembeli membawa beg sendiri, dilancarkan pada Sabtu (11 Feb).
Kempen itu muncul sedang terdapat rancangan untuk pasar raya tempatan mengenakan bayaran bagi setiap beg plastik, bermula pertengahan tahun ini.
Penganjur kempen itu, Singapura Sisa Sifar atau 'Zero Waste Singapore', dijangka perlu melakukan banyak usaha demi mengubah sikap pengguna.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor.
Ia menggabungkan satu tinjauan untuk memahami sikap pengguna dan juga jerayawara untuk mendidik orang ramai.
Menurut Cik Khor, sejak beberapa tahun lalu, keluarga-keluarga serta perniagaan-perniagaan tempatan membuang sekitar 200,000 tan barangan buangan setiap tahun.
Jumlah itu menurutnya cukup untuk mengisi sehingga 400 kolam renang saiz Olimpik.
Dua pertiga daripadanya adalah beg-beg plastik pakai buang, kata beliau.
Lantaran itu rantaian pasar raya utama akan memainkan peranan penting dalam kempen tersebut.
Fairprice sudahpun melaksanakan inisiatif 'Tiada Beg Plastik' sejak tahun 2019 lagi dan usahanya sudah membuahkan hasil.
Menurutnya, beg plastik pakai buang yang digunakannya berkurangan sekitar 57 juta tahun lalu.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.