Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen Bulan Keselamatan Jalan Raya SG dilancarkan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kempen Bulan Keselamatan Jalan Raya Singapura dilancarkan hari ini (1 Jun) oleh Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Amy Khor.

Ia menekankan tentang tanggungjawab semua pihak bagi menjadikan jalan-jalan raya di sini lebih selamat.

Sepanjang kempen sebulan itu, kain-kain rentang mengenai keselamatan di jalan raya dipasang di tempat-tempat yang mempunyai banyak kenderaan.

Polis Trafik juga menerbitkan satu siri video bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan di jalan raya.

Kempen tersebut juga menganjur karnival yang menyediakan konsert keselamatan di jalan raya, dipimpin oleh artis-artis tempatan.

Ia mempromosikan mesej keselamatan di jalan raya melalui lagu dan skit dalam pelbagai bahasa dan dialek.

"Untuk melindungi pengguna jalan raya kita dari kalangan muda dan warga emas, kami menyediakan Zon Sekolah berhampiran sekolah, Zon Perak di kawasan di mana majoriti penduduk terdiri daripada warga emas," kata Dr Khor.

"Di kawasan tersebut, terdapat langkah-langkah untuk mengawal trafik yang dipertingkatkan seperti had kelajuan yang dikurangkan, dan bonggol kelajuan."
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan