Kempen Bulan Bahasa 2022 tarik 75,000 peserta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kempen Bulan Bahasa tahun ini menerima sambutan hebat daripada masyarakat, sekolah, rakan kerja dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).
Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa Rahayu Mahzam membuat penilaian itu di satu acara penghargaan pada Khamis (3 Nov).
Kempen kali ini berjaya menarik seramai 75,000 peserta.
Jumlah penyertaan tersebut disifatkan oleh Cik Rahayu sebagai memberangsangkan dalam keadaan rakyat sedang bangkit daripada pandemik COVID-19.
Acara di Kelab Masyarakat Nee Soon Central itu memberi penghargaan kepada kakitangan dan rakan kerjasama yang terlibat dalam pelaksanaan kempen Bulan Bahasa.
Ia turut dihadiri tetamu kehormat Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim selaku Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Cik Rahayu yang juga Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Undang-Undang, mengucapkan terima kasih kepada institusi dan pertubuhan seperti Wisma Geylang Serai kerana menganjurkan seminar, kuliah dan persembahan untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Ini sekali gus meluaskan lagi jangkauan kempen itu.
JUMLAH RAKAN BAHASA NAIK HAMPIR 14%
Kempen Bulan Bahasa tahun ini dijayakan oleh 70 rakan kerjasama dan sekolah serta 353 Rakan Bahasa.
Bilangan penyertaan Rakan Bahasa tahun ini juga meningkat hampir 14 peratus berbanding tahun lalu.
"Pada kesempatan ini juga saya ingin mendorong rakan-rakan kerjasama baru untuk terus melibatkan masyarakat dalam program-program yang bermakna supaya minat dan cinta akan Bahasa Melayu dapat dilestarikan. Tahun ini, kami ada lebih ramai lagi rakan-rakan kerjasama baru yang menawarkan program-program yang selaras dengan objektif Bulan Bahasa," kata Cik Rahayu dalam taklimatnya.
Lantaran itu, beliau berharap para pelajar akan terus memanfaatkan sepenuh peluang-peluang untuk mengenali Bahasa Melayu dengan lebih mendalam serta mendorong rakan-rakan dan keluarga mereka untuk menghargai budaya Melayu.
Antara Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu yang turut serta dalam kegiatan Bulan Bahasa tahun ini adalah MAEC Kallang dan Ayer Rajah.
Pada tahun ini, sebanyak 123 program telah dikendalikan bagi masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.