Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen baru 'Clean It Forward for a Better SG' galak sikap lebih proaktif jaga kebersihan

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen baru 'Clean It Forward for a Better SG' galak sikap lebih proaktif jaga kebersihan

Gambar: Facebook/Chan Chun Sing

SINGAPURA: Seruan agar semua pihak lebih proaktif dalam mengekalkan kebersihan Singapura.

Demikian matlamat mesej kempen baru 'Clean It Forward for a Better SG'.

Dengan Singapura sudahpun ada kempen kebersihan sejak 1968, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata satu perubahan minda diperlukan.

"Jika setiap seorang daripada kita ada tanggungjawab, ada dalam DNA untuk tidak mengotorkan tempat, untuk mengatakan saya mahu meninggalkan sesuatu yang lebih baik untuk orang lain, sama ada tandas atau meja kantin, saya fikir kita telah berjaya. Kita berjaya dari sejak kecil kita akan ada generasi lebih baik pada masa depan," ujar Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing.

Bermula dari usia muda, kanak-kanak merupakan antara sekitar 500 peserta di acara Hari Bersih SG.

Acara menggalak kebersihan diadakan di pelbagai lokasi sepanjang Sabtu (13 Mei) dengan dua rekod baru dicatatkan dalam Buku Rekod Singapura.

Pihak penganjur berharap untuk meningkatkan kesedaran dan menggalak lebih ramai orang mengambil tanggungjawab peribadi untuk mengekalkan kebersihan Singapura.
Sumber : CNA/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan