Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen antivape bakal dilancar akhir 2022, disasarkan pada belia dan dewasa muda

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan melancarkan kempen anti-vape atau rokok elektronik (e-rokok) pada akhir tahun ini, yang disasarkan pada golongan belia dan orang dewasa lebih muda.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan melancarkan kempen anti-vape atau rokok elektronik (e-rokok) pada akhir tahun ini, yang disasarkan pada golongan belia dan orang dewasa lebih muda.

Rancangan itu didedahkan di Parlimen pada Isnin (7 Mac) sedang bilangan pesalah yang ditangkap mengimport pengewap elektronik (e-vaporiser), meningkat hampir 23 peratus pada tahun lalu berbanding 2020.

Sebanyak 7,593 pesalah ditangkap pada 2021 berbanding 6,192 pada 2020.

Mereka yang berusia di bawah 18 tahun membentuk hampir satu pertiga daripada jumlah tangkapan.

Sebanyak 4,697 pesalah juga ditangkap kerana membeli, menggunakan atau memiliki e-pengewap, yang mana sepertiga berubah bawah 18 tahun berbanding 1,266 pesalah keseluruhannya pada 2020.

Menjawab pertanyaan di Parlimen, Setiausaha Parlimen Kesihatan, Rahayu Mahzam berkata trend meningkatnya penggunaan vape yang membimbangkan ini juga berlaku di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan akan berusaha bersama dengan rakan-rakan kerjasama dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengukuhkan langkah penguatkuasaan, serta meningkatkan usaha pendidikan awam.

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan