Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian wanita di flat Bukit Batok: jiran lelaki akan didakwa

Seorang lelaki berusia 65 tahun diberkas kerana didakwa membunuh jirannya yang ditemui mati di sebuah flat di Bukit Batok hari ini (6 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 65 tahun diberkas kerana didakwa membunuh jirannya yang ditemui mati di sebuah flat di Bukit Batok hari ini (6 Jan).

Polis menyatakan mereka menerima panggilan minta bantuan pada kira-kira 8.20 pagi tadi dari sebuah unit perumahan.

Apabila mereka tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang wanita berusia 43 tahun terbujur kaku dalam flat tersebut, di mana beliau disahkan telah meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, yang merupakan anak lelaki kepada wanita berkenaan, dibawa dalam keadaan sedar ke hospital.

Seorang lelaki jiran wanita tersebut diberkas di tempat kejadian.

Sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas.

Polis menyatakan siasatan terhadap kejadian itu masih dijalankan.

Apabila Mediacorp tiba di tempat kejadian iaitu di Blok 460B, Bukit Batok West Avenue 9 pada lewat pagi tadi, terdapat beberapa kereta polis termasuk sebuah van penyiasatan di tempat kejadian jenayah.

Para pegawai polis kelihatan berkumpul di sebuah unit di tingkat dua blok berkenaan.

Suspek yang memakai pakaian perlindungan peribadi berwarna putih dan pelitup muka dibawa ke sebuah kereta polis pada kira-kira 11.25 pagi.

Para penduduk di tingkat dua dan tiga yang ditemui Mediacorp berkata mereka tidak mendengar sebarang kekecohan.

"Polis tidak memberitahu kami apa-apa," kata seorang wanita dalam lingkungan usia 60an tahun yang tidak mahu mendedahkan namanya.

Seorang lagi penduduk dalam lingkungan usia 30an tahun berkata suasana di blok itu sering sunyi, justeru kejadian itu agak mengejutkan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan mereka menerima panggilan minta bantuan pada sekitar 8.25 pagi.

Ia menambah bahawa seorang individu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang anggota paramedik SCDF, manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Suspek akan didakwa di mahkamah esok (7 Jan) bagi kesalahan membunuh.

Hukuman bagi kesalahan membunuh adalah hukuman mati.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan