Kematian pemandu lori di Terminal Keppel ketiga di tempat kerja dalam sebulan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Kematian seorang pemandu lori pengangkut pada Selasa (31 Jan) adalah kematian ketiga di tempat kerja pada Januari 2023.
Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (1 Feb).
Pemandu tersebut maut selepas kenderaannya terjatuh ke dalam laut di Terminal Keppel.

Menjawab pertanyaan Mediacorp berhubung insiden tersebut, MOM dalam satu kenyataan menggesa "kesemua majikan dan pekerja untuk tidak hilang tumpuan daripada isu tersebut tetapi untuk terus melakukan sedaya mungkin bagi mengutamakan keselamatan di tempat kerja".
Kementerian tersebut mengenal pasti pemandu berkenaan sebagai seorang warga Malaysia berusia 44 tahun. Dia bekerja di bawah syarikat logistik Handling System.
Ketika itu, dia sedang memandu lori pengangkut yang disangkut pada sebuah treler tersebut dengan dua kontena setinggi 20 kaki.
Kenderaannya bergerak ke pinggir tambatan kapal sebelum ia terpisah daripada treler tersebut lalu terjatuh ke dalam laut, lapor MOM. Mayatnya kemudian ditemui pada kedalaman 14 meter.
"Bagi syarikat-syarikat yang mana kegiatan utamanya termasuk penggunaan kenderaan pengangkutan atau barangan secara meluas, sebuah Pelan Pengurusan Trafik di Tempat Kerja seharusnya dibentuk dan diberitahu kepada kesemua peringkat kakitangan, kontraktor dan pembekal barangan," menurut MOM pada Rabu.
"Tambahan lagi, syarikat-syarikat perlu memastikan bahawa peraturan keselamatan trafik, program-program latihan dan prosedur kerja selamat dipatuhi oleh kesemua pekerja."
KEMATIAN ATENDAN PAM
Kematian pertama di tempat kerja yang dilaporkan pada 2023 adalah seorang pekerja yang terjatuh daripada tingkat empat pada 12 Januari lalu. Insiden tersebut berlaku ketika pekerja tersebut sedang mengecat blok kondominium di Bedok.
Pada Rabu, MOM mendedahkan kematian kedua di tempat kerja yang dilaporkan pada bulan Januari, yang melibatkan seorang atendan pam warga Singapura berusia 66 tahun.
Pada sekitar 1.16 pagi pada 19 Januari, lelaki tersebut dilanggar sebuah kereta yang sedang keluar daripada sebuah kawasan pam di sebuah stesen petrol di 61 Sengkang East Road.
Kesan daripada nahas tersebut menyebabkan atendan itu terjatuh lalu terhantuk kepalanya ke lantai. Dia dikejarkan ke Hospital Besar Sengkang, dan kemudian disahkan meninggal dunia pada 23 Januari akibat kecederaan yang dialami.
Dalam pada itu, MOM menggesa semua pengguna jalan raya termasuk para pemandu dan pejalan kaki, untuk berwaspada apabila menggunakan ruang yang dikongsi bersama. Kementerian itu menyeru agar perhatikan orang lain serta mana-mana risiko bahaya.
Kementerian tersebut sedang menyiasat kedua-dua kemalangan tersebut. Ia bagaimanapun belum menemui sebarang kesilapan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang serius, yang akan dikenakan perintah berhenti kerja.
"Sekalipun demikian, kami mengarahkan kedua-dua penghuni (tapak kerja) untuk melantik seorang juruaudit keselamatan dan kesihatan di tempat kerja untuk melaksanakan audit secara menyeluruh," tambah MOM.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.