Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian pekerja pembersihan di bilik pemadat pusat sampah di Punggol kemalangan berkaitan pekerjaan: Koroner

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian pekerja pembersihan di bilik pemadat pusat sampah di Punggol kemalangan berkaitan pekerjaan: Koroner

Gambar yang tular di media sosial.

SINGAPURA: Kematian seorang tukang sapu berusia 51 tahun di bilik pemadat pusat pembuangan sampah di Blok 623C Punggol Central pada Oktober lalu, diputuskan sebagai kemalangan berkaitan pekerjaan pada Rabu (21 Dis).
Koroner Negara Adam Nakhoda berkata, punca kematian Lim Hee Huat pada 16 Okt tahun disebabkan
disebabkan “pengasfiksiaan” iaitu kekurangan oksigen dalam darah hingga menyebabkan kematian, akibat bahagian atas badannya tersepit oleh gerakan menutup pintu pelepasan peralatan pengendalian sampah.

Encik Nakhoda berkata tiada kerosakan mekanikal atau elektrik dalam mesin itu dikesan yang boleh menyebabkan kematian.

Siasatan koroner mendapati tiada unsur khianat dalam insiden berkenaan. Tiga anggota keluarga Lim hadir di mahkamah bagi perbicaraan itu.

Selain daripada Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol mendedahkan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden "lelaki terperangkap" dan pekerja tersebut meninggal dunia disebabkan kecederaan yang dialaminya, terdapat sedikit perincian yang didedahkan mengenai insiden berkenaan ketika kematian itu pertama kali dilaporkan.

Apabila kematian itu pertama kali dilaporkan, tidak banyak butir tentang kejadian selain daripada Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol yang mengatakan ia dimaklumkan tentang situasi "manusia terperangkap" dan pekerjanya telah meninggal dunia akibat kecederaannya.

Polis juga berkata pada masa itu bahawa tiada sebarang perbuatan khianat disyaki.

APA YANG BERLAKU?

Menyampaikan penemuaannya di Mahkamah pada Rabu (21 Dis), Koroner Negara Nakhoda membentangkan latar belakang kes serta kronologi kejadian berkenaan.

Beliau berkata ketika kematian Lim, dia bekerja sebagai tukang sapu dan sebahagian daripada tugasnya termasuk membersihkan dulang sampah dan menyapu lantai pusat pembuangan sampah itu.

Walau bagaimanapun, tugas-tugas itu boleh dilakukan tanpa mengendalikan peralatan pembuangan sampah.

Lim, serta pembersih blok lain, tidak diberi kuasa atau dilatih untuk mengendalikan peralatan pengendalian sampah. Hanya krew pengutip sampah SembWaste dan kakitangan penyelenggaraan peralatan telah dilatih dan diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Mahkamah diberitahu bahawa Lim mungkin mempelajari cara menggunakan peralatan itu dengan memerhati pekerja mengumpul sampah yang mengendalikan peralatan berkenaan setiap hari.

Rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dari tempat letak kereta bertingkat menunjukkan Lim mengendalikan mesin tersebut pada 14, 15 dan 16 Oktober tahun lalu ketika membersihkan bilik itu.

Tidak dapat dipastikan mengapa dia berbuat demikian.


Pada hari malang tersebut pada 16 Oktober sekitar 8.03 pagi, rakaman CCTV menunjukkan Lim pergi ke sebelah kanan mesin itu, mungkin untuk mengendalikannya, memandangkan pintu pelepasan dilihat terbuka.

Lim kemudian dilihat memasuki peralatan tersebut, dengan bahagian atas badannya bersandar di atas dulang. Sekitar 50 saat selepas beliau menekan butang itu, pintu pelepasan diturunkan, tetapi Lim tidak dilihat bergerak daripada mesin tersebut.

Tiada orang lain berada di sekeliling ketika dia dihimpit.

Hanya kira-kira jam 8.12 pagi, seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya yang keluar dari tempat letak kereta dilihat memandang ke arah bilik pemadat sampah. Bersama pemandu lain di tempat kejadian, mereka menghampiri bilik itu, dan polis dipanggil kira-kira jam 8.15 pagi.

Apabila polis tiba pada 8.24 pagi, Lim didapati tidak memberi sebarang respons. Pasukan paramedik yang tiba kira-kira empat minit kemudiannya juga tidak dapat mengesan sebarang nadi.

Koroner Negara pada Rabu berkata Lim sebelum ini didiagnosis dengan gangguan bipolar sebelum ini oleh Institut Kesihatan Mental (IMH).

Bagaimanapun, kali terakhir dia dilihat oleh institusi itu pada 9 Julai 2021, keadaannya didapati stabil dan dia mematuhi pengambilan ubatnya.

Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Lim berniat untuk membunuh diri.

Koroner Negara Nakhoda menyampaikan ucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga Lim.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk menekankan keperluan untuk mengingatkan semua pekrja pembersih supaya tidak menggunakan peralatan di luar skop kerja mereka dan tidak diberi kuasa untuk mengendalikannya.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan