Kematian kucing di Yishun, Punggol mungkin akibat kemalangan; tiada bukti perbuatan kejam terhadap haiwan

Dua kucing masyarakat di Yishun dan Punggol mati akibat cedera parah pada Mei. (Gambar: Facebook/Sayang Our Singapore's Community Cats and Luni Singapore)
Semasa membuat kesimpulannya, NParks mengambil kira hasil siasatannya, pemeriksaan bedah siasat bagi kes di Yishun dan laporan daripada klinik haiwan dalam kes di Punggol.
Ia juga mempertimbangkan lokasi awal di mana kedua-dua kucing ditemui, kata Cik Jessica Kwok, Pengarah Kumpulan Penguatkuasaan dan Siasatan NParks.
Beliau juga memberi maklumat terkini tentang dua kucing lain yang ditemui mati dalam tempoh 10 hari lalu - kucing kedua di Yishun dan seekor lagi di Tampines.
KES PENDERAAN MENCECAH PARAS TINGGI DALAM 12 TAHUN
Bercakap kepada para wartawan, Pengarah Penguatkuasaan dan Siasatan NParks, Joshua Teoh berkata bahawa NParks telah melihat "trend yang agak konsisten" bagi kes-kes yang disifatkan sebagai penderaan atau kekejaman terhadap haiwan selama ini. Daripada jumlah itu, tidak lebih daripada 6 peratus mempunyai bukti yang menunjukkan kekejaman terhadap haiwan.
Dalam kalangan kes-kes lain, sebahagian besar adalah pertikaian awam atau kes-kes yang disebabkan oleh haiwan peliharaan atau haiwan masyarakat, dan sebahagian daripadanya mungkin tidak ada kaitan dengan kekejaman, tambah Encik Teoh.
Sesetengah haiwan mungkin mengalami masalah kesihatan dan mungkin mati atas sebab semula jadi.
Pada 2024, jumlah kes yang melibatkan kekejaman dan kebajikan haiwan di Singapura meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 12 tahun iaitu 961, menurut Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA).
Sejumlah 2,190 haiwan terlibat dalam kes-kes itu, dengan kucing membentuk sebahagian besar (1,330).
Akta Haiwan dan Burung kini sedang disemak untuk meningkatkan hukuman – seperti denda, hukuman penjara dan perintah hilang kelayakan – untuk memastikan "pencegahan yang berkesan" bagi kesalahan terhadap kebajikan haiwan.
"NParks juga akan terus mengukuhkan prosesnya untuk mengendalikan kes melibatkan haiwan yang cedera," kata Cik Kwok.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.