Kematian kembar di Upper Bukit Timah: Hukuman bapa dikurangkan kepada bunuh tanpa niat
Anggaran Waktu Membaca:

Xavier Yap Jung Houn, bapa kepada dua budak lelaki yang ditemui mati di sebuah terusan, diiringi polis di Greenridge Crescent di Upper Bukit Timah pada 27 Jan 2022. (Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang didakwa membunuh anak kembar berusia 11 tahun berhampiran sebuah taman permainan di Upper Bukit Timah kini berdepan tuduhan lebih ringan kepada membunuh tanpa niat, yang tidak membawa kepada pembunuhan.
Xavier Yap Jung Houn, 49 tahun, dituduh menyebabkan kematian kedua-dua anak lelakinya dengan mencekik mereka di terusan tertutup di Taman Permainan Greenridge Crescent pada 21 Jan 2022.
Menurut kertas pertuduhan, dia berbuat demikian dengan niat menyebabkan kematian mereka.
Kedua-dua anaknya Yap Kai Shern Aston dan Yap E Chern Ethan ditemui mati berhampiran sebuah taman permainan di Greenridge Crescent di Upper Bukit Timah pada Sabtu itu, sekali gus mendorong pasukan Gurkha dan unit K-9 polis dikerahkan.
Yap ditangkap sehari kemudian menyusuli kematian anak kembarnya itu, yang dilaporkan adalah kanak-kanak berkeperluan khas.
Dia kini dibela peguam Choo Si Sen, selepas diwakili Anil Singh Sandhu sebelum ini.
Kesalahan membunuh membawa hukuman mati.
Membunuh tanpa niat tidak membawa kepada pembunuhan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan, atau hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
Jika tindakan itu dilakukan tanpa sebarang niat untuk menyebabkan kematian, pesalah itu boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun, denda, sebatan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.