Kematian di tempat kerja pada Februari naik ke 10 selepas letupan Tuas
Sepuluh orang meninggal dunia dalam kemalangan-kemalangan di tempat kerja di Singapura dalam tiga setengah minggu lalu, setelah tiga pekerja yang mengalami kelecuran dalam kebakaran di sebuah bangunan perindustrian di Tuas meninggal dunia pada Khamis (25 Feb).
Para anggota SCDF tangani kebakaran di Tuas pada 24 Feb 2021 (Gambar: Facebook/SCDF)
SINGAPURA: Sepuluh orang meninggal dunia dalam kemalangan-kemalangan di tempat kerja di Singapura dalam tiga setengah minggu lalu, setelah tiga pekerja yang mengalami kelecuran dalam kebakaran di sebuah bangunan perindustrian di Tuas meninggal dunia pada Khamis (25 Feb).
Bercakap di tempat kejadian tersebut di Tuas pada Khamis, penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Melvin Yong menyuarakan keprihatinan mengenai peningkatan kemalangan di tempat kerja baru-baru ini dan menyeru pihak berkuasa untuk menangani kemungkinan jurang-jurang keselamatan.
Menyentuh tentang letupan Tuas, Encik Yong berkata bahawa usaha sedang dijalankan untuk menghubungi para pekerja yang terjejas dan keluarga mereka.
Sepuluh pekerja mengalami kelecuran selepas satu letupan di sebuah bangunan perindustrian di Tuas pada Rabu. Tiga daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan dialami sementara lima lagi dalam keadaan tenat. Dua pekerja telah dibenarkan pulang.
"Kami semua sangat sedih," kata Encik Yong, sambil menambah bahawa Pusat Pekerja Pendatang dan Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Industri Balak (BATU) bekerjasama rapat dengan para majikan untuk mendampingi para pekerja yang terjejas.
"Untuk tiga pekerja yang telah meninggal dunia, kami sedang menghubungi keluarga mereka untuk bertanya tentang sokongan yang mereka perlukan dan bantuan yang dapat kami berikan," katanya.
Dalam satu catatan Facebook pada Rabu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan bahawa operasi berterusan menyasarkan industri-industri berisiko tinggi akan dilanjutkan hingga pertengahan Mac menyusuli "peningkatan kemalangan maut pada Februari".
Bagaimanapun pada Khamis, Encik Yong berkata bahawa perubahan struktur adalah kunci untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja dalam jangka panjang.
"Jumlah pemeriksaan yang kami boleh lakukan adalah terhad. Saya fikir apa yang penting, dan saya sudah ulangi banyak kali dan saya akan terus tekankan, adalah setiap pertubuhan harus mempunyai wakil WSH (Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja) yang diwajibkan dan dikhususkan untuk memberi tumpuan kepada keselamatan tempat kerja, kesihatan tempat kerja di setiap pertubuhan," katanya.
"Saya harap kita boleh lakukan sesuatu tentang hal itu, kerana sekarang hanya sektor terpilih yang mewajibkannya."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.