Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian di HDB Clementi: Lelaki 50 tahun disyaki bunuh relawan akar umbi dibawa semula ke tempat kejadian

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian di HDB Clementi: Lelaki 50 tahun disyaki bunuh relawan akar umbi dibawa semula ke tempat kejadian

Suspek bunuh Toh Chee Hong (berbaju merah) di Clementi Avenue 4 pada 28 Okt 2024. (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)

SINGAPURA: Seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang relawan akar umbi dibawa semula ke tempat kejadian pada pagi Isnin (28 Okt).

Dengan memakai kemeja T berwarna merah, seluar hitam dan selipar, suspek pembunuhan Toh Chee Hong, 50 tahun, tiba di Clementi Avenue 4 pada sekitar 10.20 pagi, dengan digiring beberapa penyiasat polis berpakaian preman.

Satu kawasan di sekitar Blok 311B, 311C dan taman permainan berhampiran dan tempat letak kereta bertingkat, dikepung oleh polis.
Beberapa pegawai polis berdiri di bahagian luar kawasan yang dikepung itu, dengan membolehkan hanya penduduk untuk keluar masuk kawasan tersebut.

Toh didakwa atas tuduhan bunuh Khoo Chin Wah Winson berusia 41 tahun pada Rabu lalu. Beliau ditahan di tempat kejadian selepas insiden itu pada Isnin lalu.

Blok tersebut di mana serangan itu didakwa berlaku adalah sebahagian daripada Trivelis, pembangunan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di bawah Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS).

Pergerakan di sekitar blok-blok itu disekat oleh akses kad dan lobi lif juga berpagar.
(Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
BEBERAPA PERHENTIAN

Toh pertama sekali dibawa ke tingkat 19 Blok 311C, di mana kumpulan itu meluangkan sekitar 50 minit.

Dia kemudian digiring ke kawasan terbuka dekat kolong blok itu, sebelum menuju je tempat mengambil dan menurunkan penumpang.

Selepas itu, kumpulan tersebut bergerak ke tempat letak kereta bertingkat, di mana Toh berdiri di tingkat satu sambil menjawab beberapa soalan oleh para penyiasat.

Toh kemudian menaiki van hitam yang tidak bertanda, yang melakukan satu pusingan di tempat letak kereta itu, sebelum meninggalkan kawasan itu pada pukul 11.40 pagi.

Pejalan kaki turut mengelilingi kawasan itu, sambil mengambil gambar dan video suspek serta kehadiran ramai pegawai polis.

HUKUMAN MATI

Penduduk sebuah blok di kawasan itu sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa beliau mendengar jeritan kira-kira pukul 5.00 petang pada hari itu.

Seorang wanita memekik bagi meminta sesiapa sahaja untuk memanggil ambulans, sementara seorang lelaki juga didengar menggesa seseorang untuk "hentikannya".
(Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
Penduduk itu melihat seorang lelaki terbujur di kolong blok dengan darah pada tangan dan mukanya, masih bergerak, sementara seorang individu cuba melakukan CPR ke atasnya.

Seorang lelaki juga dilihat mengejar seorang wanita, yang kedua-duanya berbaju merah, berlari ke arah tempat letak kereta berhampiran, kata penduduk itu.

Polis kemudian menghentikan seorang lelaki yang sedang memandu keluar dari tempat letak kereta bertingkat itu, dan menyuruhnya keluar kereta dan jatuhkan diri ke lantai.

Jika sabit kesalahan, Toh berdepan hukuman mati. Pendakwa meminta untuk dia direman selama seminggu, dengan kezinan untuk membawanya keluar ke tempat kejadian semula dan bagi memulihkan lebih banyak bahan bukti.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan