Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian di Clementi: Lelaki 50 tahun akan didakwa atas tuduhan bunuh

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian di Clementi: Lelaki 50 tahun akan didakwa atas tuduhan bunuh

(Gambar: CNA/Ili Nadhirah Mansor)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 50 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (23 Okt) atas tuduhan membunuh seorang lelaki berusia 41 tahun, yang ditemui dalam keadaan tidak sedar di kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Isnin.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang insiden itu di Blok 311B Clementi Avenue 4 pada sekitar 5.00 petang pada Isnin.

Seorang lelaki berusia 50 tahun diberkas di tempat kejadian. Mangsa berada dalam keadaan tidak sedar semasa dibawa ke hospital, di mana beliau kemudian meninggal dunia.

Kedua-dua lelaki mengenali satu sama lain, menurut siasatan awal polis.

Seorang saksi memberitahu Mediacorp bahawa beliau mendengar jeritan pada sekitar 5.00 petang.

Menjengah ke luar tingkapnya, beliau melihat seorang lelaki mengejar seorang wanita yang berbaju merah, dan kedua-dua mereka berlari ke arah tempat letak kereta yang berhampiran.

Saksi itu juga ternampak seorang lelaki terbujur di kolong blok dengan tangan dan mukanya berlumuran darah.

SCDF menyatakan seorang lagi individu diperiksa bagi kecederaan ringan oleh seorang paramedik dan enggan dibawa ke hospital.

Apabila Mediacorp tiba di tempat kejadian pada sekitar 8.30 malam pada Isnin, beberapa pegawai polis dilihat melabelkan dan mengambil gambar bahan bukti. Mereka juga memeriksa kawasan rumput yang berdekatan.

Para pegawai itu juga memeriksa sebuah kereta hitam di laluan keluar tempat letak kereta bertingkat berhampiran Blok 311B.

Beberapa pekerja kemudian dilihat membersihkan kawasan kolong blok itu, di mana lelaki berusia 41 tahun itu ditemui.
Sumber : CNA/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan