Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian angkara pandu ketika mabuk naik seganda pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2022 08:13PM Dikemas Kini : 30 Dec 2022 10:27PM

SINGAPURA: Kematian yang disebabkan oleh memandu dalam keadaan mabuk meningkat seganda tahun ini.

10 jiwa terkorban antara Januari hingga November, berbanding hanya empat bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Sempena musim perayaan akhir tahun, pihak polis trafik meningkatkan pemantauan ke atas pemandu mabuk.

Pegawai polis trafik akan memulakan tugas mereka pada tepat tengah malam. 

Lengkap dengan bonggol mudah alih serta alat mengukur kadar alkohol, mereka bersiap sedia untuk menahan kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya, terutama pemandu yang memandu ketika mabuk.  

Usaha sedemikian ditingkatkan kerana jumlah kemalangan melibatkan kes memandu dalam keadaan mabuk meningkat kepada 154 sejauh ini. Jumlah itu melonjak 13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sekatan jalan raya di Republic Boulevard adalah antara sekian banyak yang dilakukan setiap malam di seluruh negara, bagi membanteras pemandu mabuk.

Pada masa yang sama, pihak polis turut mengawasi mereka yang menjadi buruan, kenderaan yang dicuri serta barangan seludup atau narkotik.

Turut memainkan peranan mereka adalah pemilik bar dan tempat-tempat minuman. Kakitangan mereka dilatih untuk memastikan pengunjung mereka tidak terlalu mabuk agar dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Dalam tempoh satu jam operasi sekatan jalan raya dimulakan, empat pemandu telah gagal ujian kadar alkohol.

Mereka membentuk sekitar lebih 1,500 pemandu yang telah ditahan sejak awal tahun ini atas kesalahan memandu ketika mabuk.

Hukuman yang menanti adalah denda serta penjara sehingga setahun.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan