Skip to main content

Singapura

Kematian 2 anggota SAF baru-baru ini 'tiada kaitan dengan perkhidmatan': Ng Eng Hen

Kematian dua anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada Julai dan September lalu di premis SAF adalah "akibat punca luar biasa dan tiada kaitan dengan perkhidmatan," menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Isnin (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian 2 anggota SAF baru-baru ini 'tiada kaitan dengan perkhidmatan': Ng Eng Hen

Gambar fail Menteri Pertahanan Ng Eng Hen (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 12:14AM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 12:20AM

SINGAPURA: Kematian dua anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada Julai dan September lalu di premis SAF adalah "akibat punca luar biasa dan tiada kaitan dengan perkhidmatan," menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Isnin (1 Apr).

Seorang pegawai tetap di luar waktu kerja ditemui tergantung dari tali di tempat tidurnya di Kem Nee Soon Julai lalu. Pada September, seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa ditemui mati di pejabatnya di Pangkalan Udara Sembawang.

"Siasatan polis ke atas punca kematian dan keadaan berhubung kedua-dua kes kematian sudah diselesaikan dan diserahkan kepada Koroner Negara," kata Dr Ng.

"Koroner Negara mendapati tiada bukti perbuatan khianat dan kedua-dua kematian adalah tindakan sengaja membunuh diri."

Dr Ng mendedahkan perkara itu semasa menjawab soalan oleh Anggota Parlimen tanpa Kawasan Undi (NCMP) Dennis Tan yang bertanya tentang punca kematian kedua-dua lelaki dan sama ada ia berkaitan dengan isu yang dialami semasa menjalani perkhidmatan.

Encik Tan turut bertanya sama ada sebelum kematian mereka, komander atau rakan kerja mereka maklum tentang sebarang masalah atau kesulitan yang mungkin ada kaitan dengan kematian mereka.

Dalam jawapan bertulis, Dr Ng berkata: "Koroner Negara tidak mengenal pasti sebarang faktor penyumbang berkaitan dengan komander atau rakan kerja, (Perkhidmatan Negara) atau pekerjaan yang mungkin membawa kepada insiden tersebut."

Isu kematian anggota SAF mendapat perhatian ramai sejak beberapa bulan yang lalu.

Ini termasuk kematian pelakon Aloysius Pang awal tahun ini - iaitu kematian keempat semasa latihan SAF dalam tempoh 18 bulan. Pelakon itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius semasa satu latihan SAF di New Zealand.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita