Kemampanan perlu menjadi tanggungjawab bersama untuk masa depan yang lebih berdaya tahan: Nadia Samdin
Anggaran Waktu Membaca:
- AMP Singapore menganjurkan acara 'Kopi with Sustainability' di Singapura, dihadiri hampir 100 karyawan Melayu/Islam, pemimpin masyarakat dan belia.
- Nadia Ahmad Samdin menekankan kemampanan sebagai tanggungjawab bersama, manakala Mohksin Rashid mengaitkan kemampanan dengan peluang ekonomi baharu di bawah Pelan Hijau Singapura.
- Dialog dan sesi panel melibatkan pakar seperti Dr Eeqmal Hassim dan Rohaya Saharom, membincangkan cabaran, peluang serta salah tanggapan tentang perubahan iklim.
- Acara ini sebahagian siri perbualan 'Kopi with...' yang bertujuan memperkasakan karyawan muda meneroka bidang berpotensi tinggi seperti kemampanan, AI dan kesihatan.
SINGAPURA: Kemampanan perlu menjadi satu tanggungjawab bersama masyarakat dan pilihan yang dibuat setiap hari oleh individu dan masyarakat merupakan anak kunci untuk membina masa depan yang lebih berdaya tahan.
Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Nadia Ahmad Samdin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kemampanan dan Sekitaran menekankan demikian dalam ucapannya di acara Kopi with Sustainability pada Sabtu (27 Jun).
Acara yang dianjurkan oleh AMP Singapore itu dihadiri hampir 100 karyawan Melayu/Islam tempatan, para pemimpin masyarakat dan golongan belia.
Pengarah Eksekutif AMP, Mohksin Rashid dalam pada itu berkata: "Kemampanan dan kesejahteraan ekonomi saling berkait rapat. Seiring dengan usaha Singapura merealisasikan aspirasi di bawah Pelan Hijau Singapura, pelbagai peluang baharu sedang muncul merentas sektor, daripada tenaga bersih dan amalan perniagaan mampan kepada daya tahan iklim serta inovasi."
"Menerusi program Kopi with Sustainability, kami berharap dapat mewujudkan sebuah platform yang menghimpunkan golongan profesional, pemimpin masyarakat dan pengamal kelestarian untuk bertukar pandangan, membina rangkaian serta mengenal pasti cara-cara agar masyarakat kita dapat mengambil bahagian secara bermakna dalam peralihan ini," tambah beliau.
DIALOG KUPAS PELUANG DAN CABARAN DALAM BIDANG KEMAMPANAN
Acara tersebut menjadi wadah untuk para peserta meneroka bidang kemampanan sebagai keutamaan negara serta sektor yang berkembang.
Sepanjang dua jam, para peserta dapat mengajukan soalan dan pendapat mereka tentang peluang-peluang yang tersedia dalam bidang kemampanan.
Mereka juga dapat mendengar perkongsian tentang peluang merentasi industri oleh para anggota panel yang antara lain terdiri daripada Timbalan Pengetua Saintis Kajian di Pusat Kajian Iklim Singapura, Dr Eeqmal Hassim, dan Naib Presiden Huraian Mampan di Mandai Wildlife Group, Rohaya Saharom.
Dr Eeqmal Hassim, berkata: "Dialog seperti ini amat penting kerana ia memberi ruang supaya semua pihak dapat berbincang dan dapat meningkatkan kesedaran untuk menukar fikiran untuk bagaimana menangani cabaran yang kita akan berhadapan nanti. Itu satu peluang untuk kita mengecapi."

Dr Eeqmal juga berkata bahawa dialog seperti itu bertujuan untuk mengubah salah tanggapan masyarakat tentang kesan perubahan iklim.
Menurut beliau, ramai di kalangan masyarakat yang masih berpendirian bahawa kesan iklim akan dirasakan dalam masa jangka panjang.
Namun, beliau menegaskan bahawa kesannya sebenarnya sudah dirasakan sekarang, termasuk fenomena El Nino yang kini melanda banyak negara Eropah.
Semasa sesi tersebut, para peserta juga menyertai sesi perbincangan yang berlandaskan enam tema kelestarian, termasuk Bandar dalam Alam Semula Jadi, Masa Depan Berdaya Tahan, dan Ekonomi Hijau.
Acara itu turut dialu-alukan para peserta, termasuk Hajar Manaf.
Beliau berkata: "Kemampanan ini bukan sesuatu baharu. ia sudah dipraktikkan nenek moyang, ibu bapa kita, ia bukan satu trend. Apa yang saya suka ialah untuk fikirkan lebih besar daripada diri saya sendiri, untuk masyarakat. Apa yang penting untuk saya adalah penting untuk mereka juga."

Acara tersebut merupakan sebahagian daripada siri perbualan "Kopi with..." anjuran AMP sejak tahun lalu yang bertujuan membimbing dan memperkasakan karyawan muda untuk meneroka industri berpotensi tinggi.
Antara bidang lain yang pernah diterokai sebelum ini termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dan kesihatan.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.