Skip to main content

Singapura

Kemalangan tapak binaan Tampines: 5 individu dipenjara

Lima individu dijatuhi hukuman penjara kerana memalsukan permit keselamatan setelah satu kemalangan di tapak binaan Tampines meragut nyawa seorang pekerja. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan tapak binaan Tampines: 5 individu dipenjara

Lima individu dijatuhi hukuman penjara kerana memalsukan permit keselamatan. (Gambar: MOM)

Diterbitkan : 05 Jul 2019 08:34PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 08:43PM

SINGAPURA: Lima individu dijatuhi hukuman penjara kerana memalsukan permit keselamatan setelah satu kemalangan di tapak binaan Tampines meragut nyawa seorang pekerja. Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (5 Jul).

Antara individu tersebut adalah pengurus projek Chan Yew Cheong, yang bertanggungjawab atas segala urusan tapak binaan, dan pengurus tapak binaan Wang Shiyang, yang bertanggungjawab atas tahap keselamatan, kemajuan kerja dan mutu.

Kedua-dua lelaki itu dijatuhi hukuman penjara selama 10 hari. Selain itu, Chan didenda S$900 dan Wang didenda S$7,500.

Qingjian International (South Pacific) Group Development Co, kontraktor yang ditugas menyediakan khidmat pengurusan projek di tapak binaan, juga didenda S$205,000 kerana gagal melaksanakan tugas sebagai majikan.

CNQC Engineering and Construction, yang sebelum ini dikenali sebagai Qingdao Construction (Singapore), juga sudah didakwa kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengisi tapak.

KEMALANGAN MESIN PENGOREK RAGUT 1 NYAWA

Pada 25 Jan 2016, Wang Shiyang yang merupakan seorang pengurus tapak binaan bagi Qingjian, mengarahkan penyelia tapak binaan, Zhu Yong Bing untuk membangunkan sebuah tangki septik berukuran sedalam 3.6 meter di tapak binaan. Untuk melakukan demikian, permit-untuk-bekerja (PTW) perlu diberikan oleh Wang sebelum sebarang kerja penggalian melebihi 1.5 meter dilaksanakan.

Menurut MOM, tapak binaan itu adalah di kawasan Tampines North Drive 1/Street 61/Avenue 6.

Zhu Yong Bing mengupah seorang penggali berlesen untuk melaksanakan tugas itu tanpa sebarang permit, menurut MOM.

Kerja penggalian itu berakhir pada 29 Jan 2016 dan dia meminta enam pekerja, termasuk Encik Xu Shangbin, untuk masuk ke dalam lubang penggalian bagi memasang struktur-struktur dan bes-besi penguat.

Kemudian, penyelia tapak binaan itu mengambil keputusan untuk memulakan konkrit bagi tangki septik. Dia memberitahu Encik Xu dan dua orang lagi untuk masuk ke dalam lubang penggalian supaya mereka boleh meratakan konkrit sebaik saja ia dituang.

Zhu Yong Bing, yang tidak mempunyai lesen menggunakan ekskavator, terus mengendalikan ekskavator itu dengan sebuah baldi konkrit dipasang kepada bahagian ekskavator yang menuangkan konkrit itu ke dalam lubang tersebut.

Semasa percubaan keduanya menuang konkrit, ekskavator itu mula terbalik.

Encik Xu, yang berada dalam lubang itu terkena baldi konkrit. Beliau meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan yang dialaminya, tambah MOM.

Zhu Yong Bing, yang menggunakan ekskavator tanpa lesen, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana bertindak cuai sekali gus membahayakan keselamatan orang lain.

Atas kesalahan-kesalahan mereka, Zhu Xiaoyi dan Ramesh dijatuhi hukuman penjara selama seminggu kerana memalsukan PTW. MOM menambah bahawa pendaftaran keselamatan di tempat kerja dan kesihatan Zhu Xioyi juga ditarik balik.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita