Skip to main content

Singapura

Kemalangan maut Tampines Ave 12: Baey Yam Keng lawat mangsa terselamat, teliti langkah keselamatan jalan raya

Setiausaha Kanan Parlimen bagi Pengangkutan, Baey Yam Keng, mengunjungi seorang wanita yang terselamat dalam kemalangan maut di Tampines Avenue 12 pada 29 Oktober lalu, yang meragut nyawa sepasang suami isteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan maut Tampines Ave 12: Baey Yam Keng lawat mangsa terselamat, teliti langkah keselamatan jalan raya

Encik Baey Yam Keng berbual dengan Mira semasa lawatan ke rumahnya bagi membincangkan bantuan yang diperlukan selepas kemalangan tersebut. (Gambar: Facebook/Baey Yam Keng)

Diterbitkan : 04 Nov 2026 09:58AM
Fatal Tampines Ave 12 accident: Baey Yam Keng visits survivor and reviews road safety measures
  • On Oct 29, a crash at Tampines Avenue 12 killed a married couple when a vehicle whose registration had been cancelled rammed Mira’s car; its driver, who was barred from driving, was later arrested and charged.
  • Baey Yam Keng and grassroots leaders visited Mira on Nov 3; she survived without serious physical injuries but sought psychiatric treatment to cope with trauma.
  • Mira’s father’s car was badly damaged and had to be disposed of, affecting her job, which requires her to travel to Jurong Island; the family discussed legal assistance and insurance claims.
  • Baey requested a meeting with the relevant agencies to review additional safety measures at the site, with the aim of preventing similar accidents, and conveyed his condolences to the victims’ family.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Setiausaha Kanan Parlimen bagi Pengangkutan, Baey Yam Keng, mengunjungi seorang wanita yang terselamat dalam kemalangan maut di Tampines Avenue 12 pada 29 Oktober lalu, yang meragut nyawa sepasang suami isteri.

Dalam catatan Facebook pada Selasa (3 Nov), Encik Baey berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi melawat wanita dikenali sebagai Mira, yang memandu sebuah kereta ketika dirempuh kenderaan yang sudah dibatalkan pendaftarannya.

Kereta yang merempuh mangsa dipandu seorang lelaki yang dilarang memandu ketika kejadian.

Lelaki tersebut sudah diberkas dan didakwa di mahkamah.

Encik Baey melahirkan rasa lega kerana Mira tidak mengalami kecederaan fizikal yang serius.

Bagaimanapun, beliau berkata wanita itu sedang mendapatkan rawatan psikiatri bagi menangani trauma yang dialaminya akibat kemalangan tersebut.

Kereta yang dipandu Mira, milik bapanya, mengalami kerosakan teruk sehingga terpaksa dilupuskan.

Keadaan itu turut menjejas pekerjaan bapanya yang memerlukan kereta untuk berulang-alik ke Pulau Jurong.

Encik Baey berkata beliau dan pemimpin akar umbi sudah berbincang dengan keluarga berkenaan mengenai bantuan yang diperlukan, termasuk nasihat guaman dan tuntutan insurans.

Beliau berharap rujukan kepada pihak berkaitan dapat membantu keluarga itu mendapatkan bantuan yang diperlukan secepat mungkin.

TELITI LANGKAH CEGAH KEMALANGAN

Dalam pada itu, Encik Baey berkata beliau sudah meminta supaya satu pertemuan diadakan dengan agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan kemungkinan melaksanakan langkah keselamatan tambahan di Tampines Avenue 12.

Usaha tersebut bertujuan mengelakkan kemalangan seumpamanya daripada berulang.

Beliau turut mendoakan agar Mira segera pulih daripada trauma yang dialaminya.

Encik Baey juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pasangan suami isteri yang terkorban dalam kemalangan tersebut.

Related article image
Encik Baey Yam Keng bersama pemimpin akar umbi ketika mengunjungi Mira, mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut di Tampines Avenue 12 pada 29 Oktober 2026. (Gambar: Facebook/Baey Yam Keng)
Sumber : Others/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita