Skip to main content

Singapura

Kemalangan di Chinatown: Pemandu diberkas susuli kematian kanak-kanak 6 tahun

Pemandu yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Kuil Buddha Tooth Relic di Chinatown yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sudah diberkas, menurut polis pada Ahad (8 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan di Chinatown: Pemandu diberkas susuli kematian kanak-kanak 6 tahun
Sebuah kereta kelihatan di South Bridge Road, berhampiran Kuil Buddha Tooth Relic, selepas satu kemalangan maut pada 6 Februari 2026. (Gambar: Facebook/ROADS.sg)
SINGAPURA: Pemandu yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Kuil Buddha Tooth Relic di Chinatown yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sudah diberkas, menurut polis pada Ahad (8 Feb).

Pasukan Polis Singapura sebelum ini menyatakan pemandu kereta wanita berusia 38 tahun itu sedang membantu siasatan.

Kemalangan di South Bridge Road itu berlaku pada pukul 11.50 pagi pada Jumaat.

Dua orang pejalan kaki, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan seorang wanita berusia 31 tahun, dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, namun kanak-kanak itu kemudiannya meninggal dunia.

Gambar dan video keadaan selepas kemalangan itu yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang lelaki memegang seorang kanak-kanak perempuan, manakala seorang wanita terbaring di atas jalan berhampiran mereka.

Beberapa orang awam turut kelihatan membantu mangsa.

Dalam video tersebut, seorang wanita turut kedengaran memberitahu bahawa ambulans sudah dipanggil, sementara orang awam yang lain dilihat menggunakan payung untuk melindungi mangsa daripada cahaya matahari.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita