Skip to main content

Singapura

Kemalangan berkaitan kren merosot dalam tempoh sedekad

Enam agensi termasuk LTA dan HDB berikrar untuk meningkatkan keselamatan penggunaan kren di tapak-tapak binaan perumahan dan pengangkutan awam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jan 2020 09:09PM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 09:12PM

SINGAPURA: Enam agensi termasuk LTA dan HDB berikrar untuk meningkatkan keselamatan penggunaan kren di tapak-tapak binaan perumahan dan pengangkutan awam.

Tidak lama lagi, kren-kren akan dipasang dengan sistem digital yang menghindari para pengendali kren daripada berada dalam keadaan merbahaya.

Langkah tersebut dilaksanakan sedang jumlah kemalangan kren terus merosot dalam masa sedekad.

Terdapat lapan kes kemalangan berkaitan kren tahun lalu, berbanding 21 pada 2009.

Bermula Jun tahun ini, semua kontraktor yang menghantar tender kepada agensi-agensi yang sudah berikrar untuk meningkatkan keselamatan penggunaan kren perlu mematuhi beberapa peraturan keselamatan yang termasuk memasang Sistem Kawalan Stabiliti bagi semua kren.

Sistem tersebut akan memastikan kren tidak bergerak menjangkaui zon selamat.

Jika kren melampaui zon selamat, sistem tersebut akan menghalang kren daripada berbuat demikian.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga menghasilkan dua set garis panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja bagi keselamatan kren serta peralatan berat.

Ia juga akan merintis sebuah kursus mengangkat peralatan berat bagi para pengendali kren. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita