Kemalangan berangkai di PIE: 2 kanak-kanak antara 6 dibawa ke hospital
Seramai enam orang termasuk dua kanak-kanak dibawa ke hospital pada Sabtu (5 Okt) dalam kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di Eksprewe Rentas Pulau (PIE).
Kemalangan berangkai di PIE.
SINGAPURA: Seramai enam orang termasuk dua kanak-kanak dibawa ke hospital pada Sabtu (5 Okt) dalam kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di Eksprewe Rentas Pulau (PIE).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan di PIE menuju ke Changi itu pada sekitar pukul 2.15 petang.
Satu rakaman video menunjukkan kemalangan itu tular di media sosial. Ia menunjukkan sekurang-kurangnya enam kereta di laluan paling kanan ekspreswe itu setelah kemalangan berlaku. Empat daripada kereta itu dilihat rosak pada bahagian belakang atau depan kereta.
Empat orang dibawa ke hospital Tan Tock Seng, manakala dua kanak-kanak dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, menurut SCDF.
Dua lagi orang, dirawat anggota paramedik di tempat kejadian dan enggan dibawa ke hospital, tambah SCDF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.