Kemalangan akibat pandu ketika mabuk meningkat, lebih banyak kematian pada separuh pertama 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya melonjak pada separuh pertama 2024, berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata polis pada Sabtu (24 Ogos).
Jumlah kemalangan yang membawa maut disebabkan memandu melebihi had laju dan dalam keadaan mabuk juga meningkat.
Dalam laporan setengah tahunnya berkaitan keadaan trafik di Singapura, pihak polis menyatakan para pengguna jalan raya seperti pejalan kaki (berusia 65 tahun dan ke atas) serta penunggang motosikal kekal sebagai kebimbangan utama, kerana mereka membentuk jumlah kemalangan paling banyak yang menyebabkan kecederaan atau kematian, tambah polis.
Meskipun terdapat pengurangan dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan atau kematian pada separuh pertama 2024, jumlah orang yang cedera atau meninggal dunia meningkat.
KESALAHAN LANGGAR LAMPU MERAH, PANDU MELEBIHI HAD KELAJUAN, MEMANDU KETIKA MABUK
Lebih sedikit penunggang motosikal ditangkap melanggar lampu merah, dengan jumlah kesalahan turun sedikit sebanyak 0.8 peratus daripada 16.524 pada separuh pertama 2023 kepada 16,396 pada tempoh yang sama tahun ini.
Begitu juga bagi kemalangan akibat melanggar lampu merah, iaitu daripada 59 kepada 45 kejadian (turun 23.7 peratus) pada tempoh yang sama.
Bagaimanapun, terdapat lonjakan dalam jumlah kes memandu melebihi had kelajuan, di mana ia melonjak 44.3 peratus pada separuh pertama 2024, berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Polis mengaitkan kejadian tersebut kepada lebih banyak penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu melebihi had kelajuan.
Kamera lampu merah dipasang secara berperingkat mulai 1 April untuk mengesan kesalahan memandu melebihi had kelajuan. Pada Julai, seorang lelaki 60 tahun menjadi individu pertama disabit kesalahan di mahkamah kerana memandu melebihi had kelajuan, akibat ditangkap oleh fungsi penguatkuasaan kelajuan sebuah kamera lampu merah.
Kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk juga meningkat, daripada 88 pada 2023 kepada 96 pada separuh pertama tahun ini, iaitu peningkatan 9.1 peratus.
Daripada 96 kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk, sembilan daripadanya menyebabkan kematian.
Jumlah pemandu yang diberkas akibat memandu dalam keadaan mabuk, bagaimanapun berkurangan daripada 853 pada separuh pertama 2023 kepada 812 pada tempoh yang sama tahun ini, iaitu penurunan sebanyak 4.8 peratus.
PEJALAN KAKI DAN PENUNGGANG MOTOSIKAL
Jumlah kemalangan melibatkan pejalan kaki warga emas jatuh 22.1 peratus, daripada 122 pada separuh pertama 2023 kepada 95 pada tempoh yang sama tahun ini.
Meskipun demikian, terdapat peningkatan sedikit pada jumlah kemalangan melibatkan penunggang motosikal, iaitu sebanyak 3.3 peratus.
Polis menyatakan bahawa dua kumpulan usia tersebut kekal sebagai "kebimbangan utama" kerana mereka membentuk jumlah kemalangan yang besar, yang mengakibatkan kecederaan atau kematian.
Walaupun jumlah kematian daripada pejalan kaki warga emas berkurangan pada separuh pertama 2024, kumpulan itu membentuk 42.9 peratus kematian pejalan kaki. Kira-kira 41 peratus daripada kemalangan melibatkan pejalan kaki warga emas disebabkan mereka melintas jalan raya sembarangan atau 'jaywalk'.
Polis meneruskan usaha mereka untuk mendidik warga emas, namun mereka menggesa anggota keluarga dan rakan-rakan untuk mengingatkan warga emas agar tidak menyeberang jalan raya sembarangan.
Jumlah kemalangan melibatkan penunggang motosikal naik 3.3 peratus kepada 1,841 pada tempoh yang sama tahun lalu.
Penunggang motosikal dan pembonceng terlibat dalam 54.5 peratus kemalangan keseluruhan, dan membentuk 61.6 peratus daripada keseluruhan kematian trafik pada separuh pertama 2024.
Polis menambah bahawa tiga punca utama kemalangan membabitkan penunggang motosikal adalah: Gagal memeriksa keadaan di jalan, gagal mengawal motosikal dengan betul dan menukar lorong tanpa pengawasan yang betul.
Denda dan mata demerit bagi kesalahan lalu lintas tertentu mungkin dinaikkan sebagai pencegahan lebih lanjut ke atas tingkah laku pemandu yang tidak bertanggungjawab, kata polis.
Lesen pemandu yang melanggar peraturan juga mungkin digantung dan dibatalkan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.