Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemajuan teknologi aeroangkasa tumpuan utama Pertunjukan Udara S'pura

Salah satu tumpuan utama Pertunjukan Udara Singapura kali ini adalah kemajuan teknologi dalam perusahaan aeroangkasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2018 08:45PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 10:29PM

SINGAPURA: Salah satu tumpuan utama Pertunjukan Udara Singapura kali ini adalah kemajuan teknologi dalam perusahaan aeroangkasa.

Ini menurut pihak penganjur acara dwitahunan itu dalam satu sidang media hari ini (25 Jan).

Tahun ini dua forum perniagaan yang baru akan diadakan.

Kedua-duanya akan berkisar pada isu keselamatan siber dan penggunaan teknologi bebas dalam perusahaan tersebut.

Menurut pihak penganjur, ada keperluan untuk membincangkan potensi ancaman dan huraian kepada serangan siber, memandangkan lebih banyak lapangan terbang dan pesawat bergantung kepada teknologi komputer.

Adalah penting, tambah mereka, untuk memahami bagaimana kenderaan berautonomi dan peralatan lain boleh menjejas perusahaan, sebelum teknologi tersebut menjadi satu kebiasaan.

Penggunaan teknologi juga akan menjadi tumpuan Sidang Puncak Kepimpinan Penerbangan Pertunjukan Udara Singapura, tahun ini.

Lebih 1,000 syarikat akan mengambil bahagian dalam pertunjukan kali ini, dengan lebih banyak penyertaan daripada pengeluar China dan Rusia.

Kira-kira 50,000 orang dijangka menyertai pertunjukan dagangan dan sekitar 80,000 pengunjung dijangkakan.  

Sumber : CNA/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan