Kem OBS di Pulau Ubin akan digunakan sebagai pusat kuarantin
Tempat perkhemahan Pusat Bina Semangat (OBS) di Pulau Ubin akan digunakan sebagai kemudahan kuarantin yang membentuk sebahagian daripada langkah untuk menangani virus Wuhan, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Selasa (28 Jan).
(Gambar: Facebook/Outward Bound Singapore)
SINGAPURA: Tempat perkhemahan Pusat Bina Semangat (OBS) di Pulau Ubin akan digunakan sebagai kemudahan kuarantin yang membentuk sebahagian daripada langkah untuk menangani virus Wuhan, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Selasa (28 Jan).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap MND menyatakan Pemerintah akan memastikan sesiapa yang dikenakan perintah kuarantin akan ditempatkan di "lokasi-lokasi yang sewajarnya."
"Selain daripada chalet-chalet dan asrama universiti terpilih, kem-kem OBS di Pulau Ubin juga dikenal pasti sebagai Kemudahan Kuarantin Pemerintah (GQF)," kata jurucakap tersebut.
Tempat perkhemahan itu akan menjalani "proses pembersihan menyeluruh', mengikut piawai Kementerian Kesihatan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.
"Memandangkan individu-individu yang menetap di kemudahan kuarantin pemerintah tidak sepatutnya berhubungan dengan orang lain, langkah ini akan menghapuskan kemungkinan virus itu menular menerusi sentuhan sesama individu," menurut jurucakap tersebut.
VIrus korona baru yang berasal dari Wuhan, China sudah meragut nyawa lebih 100 orang dan menjangkiti lebih 4,000 individu.
Terdapat tujuh kes jangkitan yang disahkan di Singapura.
Menurut jurucakap MND, kemudahan kuarantin itu merupakan "sebahagian daripada pelan tindakan Pemerintah bagi kecemasan dan mungkin digunakan dari semasa ke semasa".
Ia juga mungkin digunakan sebagai kemudahan kuarantin bagi mencegah penularan virus Wuhan dalam kalangan orang ramai.
Laporan Berkaitan: Asrama di NUS, NTU, SMU digunakan sebagai kemudahan kuarantin virus Wuhan
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.