Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelvin Khong ambil alih jawatan sebagai Panglima Tentera Udara

Mejar Jeneral Mervyn Tan akan mengundurkan diri sebagai Panglima Angkatan Tentera Udara pada 22 Mac, dan bakal digantikan oleh Brigadier Jeneral Kelvin Khong.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelvin Khong ambil alih jawatan sebagai Panglima Tentera Udara

BG Kelvin Khong menggantikan MG Mervyn Tan sebagai Panglima Tentera Udara pada 22 Mac. (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 05:50PM Dikemas Kini : 22 Feb 2019 05:52PM

SINGAPURA: Mejar Jeneral Mervyn Tan akan mengundurkan diri sebagai Panglima Angkatan Tentera Udara pada 22 Mac, dan bakal digantikan oleh Brigadier Jeneral Kelvin Khong.

"Perubahan ini adalah sebahagian daripada proses berterusan pembaharuan kepimpinan Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF)," menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (22 Feb).

BG Khong, 43 tahun, yang sekarang ini memegang jawatan Ketua Turus Bersama, pernah menyandang beberapa jawatan utama dalam Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) termasuk Ketua Rancangan Udara, Komander Komand Pertempuran Udara, Ketua Operasi Udara dan Ketua Turus Tentera Udara.

Beliau sebelum ini merupakan pengerusi Jawatankuasa Peneraju RSAF50, yang mengetuai pelbagai acara yang diadakan sepanjang tahun lalu bagi memperingati Jubli Emas RSAF.

BG Khong, yang dilatih sebagai juruterbang F-15SG, pernah berkhidmat sebagai pegawai memerintah Skuadron 149, iaitu skuadron F-15SG yang pertama di Singapura.

Beliau menyertai SAF pada 1995 dan pernah menerima biasiswa luar negara SAF.

MG Tan, 46 tahun, mengetuai RSAF sejak 28 Mac 2016.

"Di bawah kepimpinan (MG Tan), RSAF mengekalkan tahap kesediaan operasi yang tinggi bagi mempertahankan dan melindungi kedaulatan Singapura, serta mencapai kejayaan misinya dalam pelbagai operasi," menurut MINDEF.

"Ini termasuk menjalankan operasi pertahanan udara semasa Sidang Puncak Korea Utara-AS di Singapura serta ancaman bom dalam penerbangan Scoot TR634."

Di bawah kepimpinannya, RSAF menyertai usaha perikatan Menewaskan ISIS di Timur Tengah serta menyumbang kepada misi-misi kemanusiaan di merata dunia, menurut MINDEF lagi.

MG Tan juga menubuhkan Pusat Peperangan Udara dan Pejabat Inovasi RSAF, tambahnya.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan