Kelulusan penggunaan ganja di Thailand timbulkan lebih banyak cabaran, kata Shanmugam
SINGAPURA: Ganja yang lebih mudah diperolehi di Thailand akan menimbulkan lebih banyak cabaran, memandangkan lebih ramai ramai orang berulang-alik antara Singapura dan Thailand.
Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Khamis (1 Sep) semasa menjawab pertanyaan Astro AWANI mengenai sejauh mana keputusan Thailand untuk membenarkan penggunaan ganja akan menjejas situasi dadah di Singapura dan di rantau ini.
"Adakah ia satu masalah? Saya rasa ganja yang lebih mudah diperolehi di Thailand, negara yang dikunjungi ramai warga Singapura, negara dari mana ramai pelancong juga datang ke Singapura, akan menimbulkan lebih banyak cabaran. Saya pasti," katanya semasa program Consider This Astro AWANI.
Sekiranya terdapat bukti jelas mengenai penggunaan dadah, pihak berkuasa Singapura akan mengambil tindakan, tidak kira sama ada dadah diambil sewaktu di Singapura, atau di luar negara, kata menteri berkenaan dalam catatan Facebooknya pada awal Khamis (1 Ogos) berhubung perenang negara Joseph Schooling dan Amanda Lim. Kedua-dua Schooling dan Lim mengaku mengambil ganja semasa di luar negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.